July 23, 2010

Bas kitaran : NC putus tambah bas mula hari Selasa ini

Tanjong Malim, 23 Julai - Hasil perjumpaan khas MPP Mahasiswa Pendidik bersama Tim. Pendaftar Dato’ Rosli Taib, Naib Canselor, kontraktor bas kitaran dan pengurus bas Upsi pada petang tadi telah mendapat penyelesaian untuk menambah jumlah bas bagi mengelakkan kesesakan.

Keputusan penambahan bas terbabit telah diputuskan oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob semasa pertemuan pada petang tadi. Ianya akan dimulakan pada hari Selesa ini.

Koordinator Mahasiswa Pendidik Mohd Zahar Mohamed Nor yang menghubungi Upsikini menerusi e-mail petang tadi mengatakan bahawa kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya ibunda NC kerana prihatin terhadap masalah ini.

Katanya, “diperingkat Mahasiswa Pendidik kita telah berusaha untuk membawa masalah ini ke pihak atasan agar diselesaikan segera dan kami mencadangkan supaya bas kitaran dari pintu timur ke PC dipindahkan ke KAB dan 2 ke KUO, manakala dari Pintu Timur ke Proton City kami cadangkan agar diambil alih oleh bas Upsi bagi mengelakkan kesesakan.”

Beliau turut mengulas bahawa, “bas kitaran dari KUO ke Proton City sepatutnya tidak akan ke kampus tetapi kami mencadangkan supaya bas tersebut masuk ke kampus mengambil pelajar di Pintu Timur ke Proton City pada jam 10 pagi dan keatas.”

Dalam pada itu, berikut adalah penambahan bas mengikut destinasi yang melibatkan perjalanan bas Upsi dan bas kitaran :

BAS KITARAN

KUO – Pintu Timur : Dari 4 buah ditamabh kepada 6 buah

KAB - Pintu Timur : Dari 6 buah kepada 7

KUO – Proton City : Masih 5 buah tetapi selepas jam 10 pagi bas akan ke kampus dan terus ke Proton City dan begitulah sebaliknya dari Proton City –Kampus-KUO

Taman Damiana(Malim Prima) - PC : 1 buah bas

BAS UPSI

KAB-Proton City: Masih 3 bauh
Pintu Timur-Proton City: 4 buah
KUO-Taman Bernam : 2 buah

KTM (Ketoyong)-Pintu Timur : 1 buah Coaster


Dalam hal berkaitan, baru-baru ini TNCHEPA telah mengemukakan cadangan penambahan bas kepada pihak atasan dan dikatakan tiada sebarang tindakan sehinggalah berlangsung pertemuan bersama NC pada petang tadi.

1 comment:

Anonymous said...

saya mencadangkan agar pihak yang mengendalikan bus diberi peringatan kepada para pekerja untuk menjalankan kerja dengan amanah.. sentiasa lakukan pemantauan untuk mengelakkan pekerja curi tulang. saya menyatakan disini bawasanyer jika disediakan 100 buah bus pun masalah tidak akan selesai jika pemanndu bus asyik curi tulang.pemantaun amat penting. saya menyatakan hal ini adalah melalui pengalaman sendiri dan juga temubual dengan pemandu-pemandu bus... harap diambil perhatian!