March 8, 2009

Himpunan 100 000 mansuh PPSMI : Warga UPSI turut kelihatan

Tanjong Malim, 8 Mac – Himpunan 100 000 rakyat membantah dasar PPSMI yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) semalam turut disertai oleh warga UPSI termasuk pensyarah dan mahasiswa.

Dalam perhimpunan semalam, antara yang paling jelas kelihatan adalah Prof. Dr. Abdullah Hassan, Pengarah Institut Peradaban Melayu (IPM) bersama isteri dan barisan penggerak GMP yang lain.

Beliau ketika ditemubual media melahirkan rasa bangga dengan kehadiran dan sokongan rakyat tetapi sedih dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan keadaan aman menjadi huru hara.

Abdullah juga dikatakan mengalami kesesakan nafas apabila gas pemedih mata dilepaskan FRU semasa dalam perarakan bergerak ke Istana Negara bagi meyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pro Kebajikan yang menyokong penuh tindakan Abdullah mengesahkan bahawa mereka turut menghantar sekumpulan mahasiswa menyertai himpunan tersebut sebagai tanda sokongan kepada GMP dan NGO lain yang bertungkus lumus mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.

Media hari ini melaporkan himpunan tersebut berjaya dan memberi mesej yang jelas kepada pihak kerajaan bahawa dasar tersebut tidak diterima ramai pihak.

3 comments:

Anonymous said...

saya harap warga UPSI yang dihantar mansuhkan PPSMI ini digantung kerana melanggar AUKU

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Prof Dr Abdullah Hassn pun nk kenakan AUKU juga ker??
Bodohnya melayu..
kerana mempertahankan identiti sendiri melayu lain sanggup khianat melayu..
Memang dasar Pengkhianat..

malaysia baru said...

Tahniah kpd semua yg hadir. Bersama2 kita LUKISKAN sejarah bahawa kita pernah membela bahasa kita dari pupus seperti jawi yg pupus sewaktu UMNO memerintah negara ini...

Lwn ttp lawan...