March 1, 2009

Izi sah letak jawatan

Tanjong Malim, 1 Mac – Ura-ura perletakan jawatan Izi Nasiruddin sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Ungku Omar dilaporkan sudah berkuatkuasa.

Perletakan jawatan beliau dikatakan berkait rapat dengan kes salah guna wang program Hari Terbuka KUO sehingga menyebabkan defisit.

Upsikini yang dimaklumkan tentang perkara ini oleh sumber dalaman dipetik sebagai berkata bahawa perletakan jawatan beliau dirahsiakan atas sebab tertentu.

Salah seorang penghuni KUO yang ditemui, Amir, menggesa agar kes salah guna ini tidak dilenyapkan begitu sahaja walaupun beliau sudah meletakkan jawatan.

“Jangan kerana beliau sudah letak jawatan, kes salah guna ini dilenyapkan. Ini melibatkan wang mahasiswa dan universiti, siasatan mesti dibuat,”katanya.

“Kami juga tidak mahu kes ini berlalu begitu sahaja seperti penyelewengan RM 36 000 wang MPP sebelum ini dan tindakan tegas harus diambil,”tambahnya lagi.

3 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum..
sy amat mengetahui baris2 ayat yg saudara dan saudari tulis dlm blog ni. dan saya ckup mngenali siapakah gerangan empunya diri dlm blog ni. sesungguhnya apa yg saudara dan saudari lemparkan kpd YDP KUO sesi 2008/09 adalah fitnah belaka. saudara dan saudari adalah umat islam. saudara dan saudari pn tahu hukum hakam islam bg org yg lemparkan fitnah. Apabila saudara dan saudari mengaitkan perletakan jawatan YDP KUO terhadap salah laku penggunaan duit hari terbuka adalah fitnah belaka. sy merupakan salah seorg JMK KUO sesi 08/09. dn sy lbih mngetahui prgram hari terbuka mencatatkan keuntungan.. sesungguhnya saudara dan saudari telah membuat fitnah yg amat jelas. jd bersegerala bertaubat dan memohon ampun kpd org yg spatutnya. Dlm hadith sahih Nabi S.A.W bersabda, "tanda2 akhir zaman adalah cepat waktunya, sedikit amalnya, merata kebakhilannya, banyaknya dan nampaknya fitnah".. itu baru satu hadis.. dlm peristiwa Mi’raj pula Rasulullah melihat salah satu peristiwa di mana wanita berkepala seperti babi, badannya seperti keldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.. klu saudara dan saudari adalah org yg benar dgn kata2 yg dilemparkan, saudara dan saudari mohon rjuk pd tuan empunya diri yg dmksdkan agar sgala kenyataan nya itu jelas mengatakan kata2 yg dilemparkan adalah bnar. Jika tdak, saudara dan saudari mhon bertaubat agar tidak tgolong dlm golongn org2 yang akan mendapat azab siksa dr NYA..satu perkara lg, apa tjuan saudara dan saudari menyebarkan berita2 yg rata2 adalah fitnah..segerala bertaubat slagi pintu taubat masih terbuka..
wslm..

iSLaMiC STuDeNT said...

assalammualaikum..
sy amat mengetahui baris2 ayat yg saudara dan saudari tulis dlm blog ni. dan saya ckup mngenali siapakah gerangan empunya diri dlm blog ni. sesungguhnya apa yg saudara dan saudari lemparkan kpd YDP KUO sesi 2008/09 adalah fitnah belaka. saudara dan saudari adalah umat islam. saudara dan saudari pn tahu hukum hakam islam bg org yg lemparkan fitnah. Apabila saudara dan saudari mengaitkan perletakan jawatan YDP KUO terhadap salah laku penggunaan duit hari terbuka adalah fitnah belaka. sy merupakan salah seorg JMK KUO sesi 08/09. dn sy lbih mngetahui prgram hari terbuka mencatatkan keuntungan.. sesungguhnya saudara dan saudari telah membuat fitnah yg amat jelas. jd bersegerala bertaubat dan memohon ampun kpd org yg spatutnya. Dlm hadith sahih Nabi S.A.W bersabda, "tanda2 akhir zaman adalah cepat waktunya, sedikit amalnya, merata kebakhilannya, banyaknya dan nampaknya fitnah".. itu baru satu hadis.. dlm peristiwa Mi’raj pula Rasulullah melihat salah satu peristiwa di mana wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.. klu saudara dan saudari adalah org yg benar, saudara dan saudari mohon rjuk pd tuan empunya diri yg dmksdkan agar sgala kenyataan nya itu jelas mengatakan kata2 yg dilemparkan adalah bnar. Jika tdak, saudara dan saudari mhon bertaubat agar tidak tgolong dlm golongn org2 yang akan mendapat azab siksa dr NYA..satu perkara lg, apa tjuan saudara dan saudari menyebarkan berita2 yg rata2 adalah fitnah..segerala bertaubat slagi pintu taubat masih terbuka..
wslm..

Anonymous said...

buktikan sekiranya berlaku fitnah. jangan biarkan fitnah berlaku lagi..