November 1, 2008

Program Bersama Aqil Hayy dapat sambutan warga UPSI

Program bersama ustaz terkenal tanah air, Ustaz Aqil Hayy yang merupakan personaliti dakwah, mendapat sambutan warga UPSI di sini malam tadi. Program yang dianjurkan PAS Kawasan Tanjong Malim menampilkan Aqil Hayy sebagai penceramah semalam mendapat kunjungan lebih 1000 pengunjung. Kelihatan juga warga UPSI yang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah dan staf yang turut hadir bagi mengikuti ceramah beliau. Program yang dijalankan di Dewan Tun Razak, Tg. Malim itu merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan dan mendapat keizinan pihak Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Aqil Hayy dalam ceramahnya banyak mengupas soal gejala sosial dan masalah masyarakat hari ini turut menyelitkan dendangan lagu-lagu ketuhanan serta kontemporari dalam sesi ceramah beliau. Cara penyampaiannya yang bersahaja membuat pendengar tidak kering gusi mendengar ceramah beliau yang berlangsung hampir 2 jam bermula jam 10.00 malam. Dalam pada itu beliau turut memuji kehadiran mahasiswa UPSI yang mahu mengikuti majlis ilmu dan disambut dengan tepukan gemuruh penonton.
Majlis berakhir pada jam 11.50 malam.

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. dahulu us.akhil hayy dihalau oleh MB Perak Dato Seri Tajol Rosli utk mengadakan program kesenian Islam di Ipoh.
Skrg Alhamdulillah.Dengan kuasa Allah, smlm us.akhil dpt menyampaikan dakwah buat pertama kali di dalam dewan serbaguna milik dan hak rakyat.Selama ini kerjaan UMNO-BN berlaku tidak adil kpd perjuangan ISLAM. Skrg ALLAH telah tunjukkan jalan.Rasa bersyukur dan bangga mendapat santapan rohani semalam.Moga ALLAH kekalkan kerajaan PR. Moga syiar ISLAM terus berkumandang di bumi tercinta Tg.Malim ini dan sleruh dunia.
TAKBIR...Allahuakhbar!!!!!

Anonymous said...

hehe..Hawa.syukur..

xsangka kan wpn perak ni dipenuhi DAP tp prog keagamaan cmni mudah diluluskan..bkn mcm bwh pemerintahan melayu yg kononnye mempertahankan islam dahulu..

ape2pn,pemimpin perlu adil..
tu konsep paling utama..klu islam tp zalim tetap xbergune seorang pemimpin tu..sbb tu adenye pembahagian kafir harbi dan zimmi..

mereka kafir zimmi mmpunyai hak yg sama setelah mmbayar jizyah(bg ngara kite ni mcm2 cukai dorg bayar)dan bkn shj wrgangara,yg bkn wrgangara pn dianggap zimmi klu dorg xbuat kerosakan dan memusuhi islam..

sekian..WA~

مَعهَدين الُمعلمْ said...

huhuhuhu..
Kan lagi bagus kalau buat kat padang UPSI..
Pastu kat sebelah tu kita buat konsert DIGI..
kita tgk yg mane lagi ramai..
hehehehehe....