November 9, 2008

Pro Kebajikan tekad teruskan misi

Kekecewaan Pro Kebajikan menempatkan calon mereka dalam kerusi MT telah menimbulkan semangat baru bagi memberi fokus terhadap kebajikan mahasiswa. Meskipun wujud sokongan luar biasa dalam PRK baru-baru ini, Pro Kebajikan melihat bahawa sokongan mahasiswa itu kadang kala kurang diberi perhatian pihak atasan yang lebih gemar mendengar saranan pegawai tertentu berbanding suara mahasiswa.
Ketika mengulas tentang kegagalan menempatkan calon dalam kerusi MT meskipun pelbagai usaha dibuat, jurucakap Pro Kebajikan memberi respon bahawa mereka menerima keputusan itu sebagai ketentuan Allah kerana usaha telah pun dibuat.
“Kita menerima keputusan ini sebagai ketentuan Allah dan sudah pasti ada hikmah disebaliknya. Usaha telah dibuat dan perancangan selepas ini akan tertumpu kepada kebajikan pelajar,”ulas beliau. Tambahnya lagi.”kegagalan untuk pusingan pertama ini bukan bermakna kita akan abaikan harapan mahasiswa malah akan memberi lebih semangat kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.”
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang telah memberi sokongan padu selama ini dan berharap agar sokongan itu terus diberikan sebagai pembakar semangat melaksanakan harapan mahasiswa.

2 comments:

andalusia said...

teruskan berjuang..ALLAH bersama kita..dan ramai yang bersama kamu semua..bekerja dan berjuang kerana ALLAH..ALLAHHUAKBAR!!!!

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Mai kita sama2 pakat bincang mcm mane nak laksanakan menifesto tersebut. aku tahu akan banyak halangan yang terpaksa ditempuhi untuk laksanakannya. Pro - kebajikan nie aku dapat rasakan akan dianaktirikan oleh HEP. Tp xleh nk salahkan dorg. dh mmg dorg diarahkan utk buat mcm tu. ape2 pn cari jalan yg terbaik utk laksanakan menifesto.
Mahasiswa POWER!!!