November 2, 2008

Aqilah rai Majlis Bersama Kelab Rakan Surau Ar-Rasyidin

Kolej Harun Aminurrashid, 2 Nov. – Majlis Ikatan Ukhwah yang dianjurkan Kelab Rakan Surau Ar-Rasyidin (KERAS) semalam meriah dengan kehadiran kira-kira 100 ahli kelab dan penghuni KHAR. Majlis yang diadakan di Foyer Blok 3 itu turut dihadiri Pengetua KHAR, felo-felo dan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) KHAR. Turut hadir memeriahkan majlis adalah bekas AJK Tertinggi KERAS, Nur Aqilah Hanis, calon Umum yang menang dalam PRK tempoh hari. Aqilah yang hadir dalam majlis tersebut disambut dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakannya dalam KERAS selepas menang dalam PRK baru-baru ini. Beliau yang sempat beramah mesra dengan ahli KERAS turut diaju dengan persoalan sama ada berpeluang menempatkan diri dalam Majlis Tertinggi MPP yang diwar-warkan penuh dengan pelbagai konspirasi. Beliau bagaimanapun enggan menjawab persoalan tersebut dan hanya akan mengeluarkan kenyataan Isnin ini.
Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam itu berakhir pada jam 10.30 malam dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh semua ahli KERAS yang berada di semester 7.

6 comments:

Anonymous said...

kalau puak2 dia p mjlis amal heboh satu malaysia, RIAK TU...

arrijal said...

anonymous ni tak hbs2 dgn komen yg tak mbina...
kata RIAK la... pandai2 jer..

kalo Pro-kualiti buat majlis plak, mcm dorg tak heboh2..

so, sudah la tu dgn sikap assabiyah..
tak kemana pun...

byk2 la dekatkan diri pada Allah..

sb bila hati kita ni tak bersih, maka kuarla komen2 yg berbaur tak puas hati..

harap2 kalo terasa tu, bagusla...

Anonymous said...

Aqilah masa joint kelab debat asyik ponteng meeting jewn x consisten..harap lps ni,dh jd MPP jgn asyik ponteng..kena rajin dtg meeting n msuk blk mpp..br tau perkembangan n msalah yg dihadapi pelajar..harap Aqilah dpt berubah demi kebaikan bersama

مَعهَدين الُمعلمْ said...

hehehehe..
Riak??
nk tergelak aku baca komen yang xmembina nie..
Penah tengok x kat tapak2 projek die ade tulis "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL"..
hehehhe..
tu kire riak ke ape tuh??

Anonymous said...

mcm2 la korg ni..
riak plak...
kl korg mrh n kata pro kualiti wat majlis heboh utk riak,
n korg pn heboh mjls tu,
kira sm la pro kebajikan n pro kualiti,
xde beza pn...
ckp org lebih, padahal, diri sendirik sm jerk

مَعهَدين الُمعلمْ said...

huhuhuhu..
tu la..
benda nie xsalah sebenarnya...
xsalah kita nk hebohkan kerja pemimpin..
Bukan pemimpin yg tergila2 mintak dihebohkan beliau turun padang..

Nie anonymous pondan punya pasal..
xpasal2 kata benda nie benda riak..
xperlu diungkit pn hal nie.
Dh menjadi lumrah..
Berita pasal pemimpin pengikut nak tahu.
Klau pihak kualiti dah turun padang sila2 la hebohkan kat komen nie..
Aku sudi sangat2 nk tahu..
Pemimpin2 kualiti senyap jer skrg nie..
tu yg xsedap hati tu..
Kesian kat pelajar pilih die tp die xturun padang pun..
Turun padang main futsal skali ngan aku kat KHAR pn dh ok..
tu dh dikire pemimpin yang berkualiti yang berjiwa rakyat dah tu..
huhuhuhu....
Silakan..
Ana jemput...