March 30, 2011

Roadshow MPP hambar

Tanjong Malim, 30 Mac - Setelah sebulan memenangi pilihanraya kampus dan membentuk kabinet rasmi, MPP memulakan aktiviti mereka dengan membuat Roadshow ke setiap kolej kediaman. Program tersebut dirangka supaya mahasiswa dapat bertemu dengan barisan MPP dan mengenali MPP dengan lebih dekat.

Roadshow mereka yang berlangsung di dewan kolej Za’ba semalam agak hambar dengan kehadiran wagra kolej yang sedikit. Program tersebut yang dijangka panas ekoran terdapat banyak isu yang membabitkan kebajikan mahasiswa seperti perkhidmatan bas, penginapan kolej dan masalah saman yang sedang hangat dalam perbualan mahasiswa.

Walaubagaimanapun tanggapan tersebut meleset apabila hanya 50 orang mahasiswa yang hadir dalam majlis tersebut. Jumlah tersebut amat mengecewakan kerana warga kolej Za’ba dan Kolej Aminuddin Baki sudahpun mencecah 3000 orang.

Persoalan tersebut menjadi perbualan hangat mahasiswa apabila mereka mengaitkan soal kepercayaan terhadap MPP yang dilantik mengisi jawatan terpenting dalam kabinet tersebut. Upsikini menerima banyak email daripada mahasiswa yang memberi komen terhadap peristiwa yang berlaku semalam.

“ Saya tidak nampak karisma kepimpinan yang ada kepada barisan tertinggi MPP yang berperanan menjadi play maker dalam membela dan memperjuangkan nasib kami. Beliau sekaligus menganggap majlis tersebut sebagai sia-sia dan pelajar mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam program Roadshow tersebut, tambahnya lagi.”

Dalam perkembangan lain, barisan MPP akan melakukan roadshow ke-2 pada 2 April (sabtu) nanti yang akan berlangsung di dewan Kolej Ungko Omar. Mahasiswa dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut disamping mendapat maklumat berkaitan isu-isu yang berlaku dalam kampus.

2 comments:

Anonymous said...

As salam..saya ingin mencabar owner blog upsikini agar tampil kehadapan dengan bukti2 yang kukuh yang mengaitkan soal kepercayaan mahasiswa UPSI terhadap MPP yang dilantik.Selain itu,saya mencabar agar owner UPSIKINI mengemukakan bukti berkenaan email yang diterima daripada mahasiswa yg memberi komen terhadap peristiwa yang berlaku semalam.JANGAN HANYA PANDAI BERCAKAP DAN MENGATAKAN ITU DAN INI TIDAK BETUL...tetapi lihat sesuatu itu dari sudut positif..dan bukannya negatif..saya melihat anda terlalu berfikiran negatif terhadap sesuatu isu..oleh itu,sekali lagi saya mencabar agar owner blog ini tampilkan diri anda dan mengemukan bukti2 yang konkrit yang menguatkan hujah anda tersebut..Jadilah seorang yg berani berhadapan dengan kenyataan dan bukannya hanya pandai memainkan isu ataupun memutarbelit fakta..

Anonymous said...

udah2 ler 2...bg la support pd yang dah diberi amanah..jgn asyik nk kondem org jer..