March 6, 2011

MP tidak akan sertai Majlis Watikah?


Tanjong Malim, 6 Mac - Pergolakan dalaman yang berlaku dalam pembentukan kabinet MPP berterusan tanpa kesudahan. Baru-baru ini barisan Mahasiswa Pendidik (MP) telah membuat bantahan cabinet sementara tersebut ekoran wujud campur tangan luar dan percaturan awal dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mereka telah sepakat supaya perbincangan dibuat semula bagi membentuk kabinet campuran dalam menerajui MPP sidang ini. Namun sehingga kini YDP, Muhammad Afiq Fikri Mislan masih membisu tanpa sebarang komen terhadap permintaan tersebut.

Dalam pada itu, terdapat sumber mengatakan bahawa mereka tidak akan menyertai Majlis Watikah yang akan berlangsung pada 10 Mac nanti. Keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat tertutup yang dilakukan semalam ekoran keengganan ‘YDP robot’ memanggil ahli MPP untuk duduk berbincang, kata sumber tersebut.

Koordinator MP, Mohd Zahar Mohamed Nor ketika ditanya perkembangan terbaru, beliau tidak memberikan pengesahan kepada khabar angin tersebut. Tetapi beliau melahirkan rasa kesal dengan perkembangan MPP setakat ini. “Saya amat kecewa kerana setelah dua minggu, kita masih lagi belum bersidang untuk membincangkan agenda penting yang melibatkan masalah kebajikan mahasiswa, katanya.”

Kita tak perlu tunggu majlis watikah baru nak arrange meting, itu hanya ceremony khas sahaja, tambahnya lagi.”

“Kita telahpun beberapa kali minta saudara Afiq Fikri supaya segera memanggil ahli untuk bermesyuarat, tetapi masih lagi membisu seribu bahasa, apa nak jadi ni? Soalnya.”

Pentadbiran MPP kali ini sekali lagi dijangka tidak mampu untuk membawa isu-isu mahasiswa ke peringkat nasional ekoran terlalu banyak bayangan yang selalu bermain di sekitar organisasi tersebut. Gangguan tersebut seharusnya dihalau daripada terus berada mengkhianati suara mahasiswa yang telah dibuktikan melalui undi pilihanraya tempoh hari.

No comments: