March 9, 2011

En. Anizan disingkir

Penasihat MPP sidang lepas telah disingkir daripada terus menerajui sebagai penasihat kepada badan mahasiswa tersebut. Kerusi tersebut dikatakan bakal diisi Shariza Haryati bt. Zabri, bekas penasihat MPP sidang 08/09.

Beliau dikatakan telah gagal untuk mengekalkan penguasaan kumpulan aspirasi dalam politik kampus UPSI. Aspirasi yang memakai label Pimpinan Bitara kalah teruk dalam pilihanraya lalu sekaligus menafikan hak mereka dalam kedudukan kabinet MPP.

Menurut sumber lain, En. Anizan juga menjadi sebahagian daripada pegawai yang ‘close’ dengan kumpulan ‘smile’, pecahan kepada kumpulan Pimpinan Bitara. Hal tersebut menyebabkan JHEPA terpaksa mengambil tindakan keras dengan menyingkirkan beliau daripada kerusi tersebut.

Koordinator MP, saudara Mohd Zahar ketika ditanya tentang hal tersebut mengatakan dia masih belum mendapat sebarang maklumat berkaitan pertukaran tersebut. “ saya tidak tahu pasal pertukaran ini, dalam taklimat bersama HEP sebelum ini pun kami tidak dimaklumkan, katanya.”

Dalam perkembangan lain, malam esok akan berlangsungnya majlis watikah perlantikan MPP baru dengan Dato’ Naib Canselor. MP sebelum ini yang dikatakan akan memulau majlis tersebut telah menafikan khabar angin tersebut. “kami memang akan sertai majlis tersebut, tidak ada terniat pun kami nak pulau majlis tersebut, kata zahar.”

No comments: