Naib Canselor UPSI, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob telah menyampaikan ucapan selepas MPP baru selesai mengangkat ikrar di hadapan beliau. Ucapan ringkas beliau mengandungi banyak nasihat dan gesaan kepada barisan MPP supaya menjadi pemimpin yang berjiwa besar dan berani ke hadapan.
Dato’ NC menyatakan bahawa MPP bukan lagi masa untuk belajar tetapi menjadi medan untuk membuat perubahan. “Apabila kamu sudah berada di kerusi MPP, maka kamu harus tahu untuk memimpin mahasiswa dan bukan lagi masa untuk kamu belajar, ujarnya dalam ucapan tersebut.”
“ Kamu harus menjadi pemimpin yang mampu untuk memimpin mahasiwa, bukan kamu dipimpin oleh mereka, u must lead others, tambahnya lagi.”
Selain itu, beliau juga turut menegaskan supaya MPP kali ini mempunyai wawasan serta misi yang jelas dalam kepimpinan yang akan dicorak nanti. Harapan besar Dato’ telah disampaikan dalam majlis yang penuh bersejarah tersebut.
Dalam pada itu, kehadiran para jemputan agak suram pada kali ini kerana kerusi yang kosong lebih banyak daripada yang diisi oleh jemputan yang hadir. Penganalisis bebas politik kampus telah menjangkakan keadaan itu berlaku kerana rata-rata pegawai tidak yakin dengan kemampuan kepimpinan yang baru ini.
Mereka dikatakan telah membuat ‘silent protes’ dan didapati analisis tersebut ada asasnya dan terbukti pada malam perlantikan. Koordinator MP, Mohd Zahar Mohamed Nor turut meletakkan post ‘suasana suram’ dalam facebooknya yang menggambarkan keadaan semasa majlis watikah berlangsung sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment