Tanjong Malim, 1 Mac - Cadangan mahasiswa untuk mengadakan Pentas Diskusi Mahasiswa telah mendapat persetujuan daripada wakil Pimpinan Bitara, manakala MP, LMP dan Kumpulan 'Smile masih belum memberi jawapan.
Cadangan pentas diskusi tersebut timbul apabila rata-rata mahasiswa ingin melihat wujud perubahan radikal (menyeluruh) dalam MPPUPSI pada kali ini setelah lebih 10 tahun melihatkan sisi lesu. Diskusi tersebut dijadikan wadah dialog antara kumpulan yang wujud di Upsi bagi membincangkan halatuju kepimpinan baru badan tertinggi pelajar tersebut.
Dalam pada itu, walil Pimpinan Bitara, Mohd Farhan yang dihubungi Upsikini telah menyatakan persediaan untuk menjadi wakil dalam diskusi tersebut. Katanya "saya sudah bersedia, jangan risau, tentukan tarikh dan masanya", ujarnya ketika dihubungi Upsikini menerusi laman sosial Facebook.
Dalam hal berkaitan, setakat ini, masih belum wujud kenyataan rasmi dari mana-mana kumpulan yang bersedia untuk menjadi 'PIC' kepada Pentas Diskusi Mahasiswa yang dikatakan bakal menjadi wacana penting mahasiswa Upsi pada tahun ini.

No comments:
Post a Comment