March 3, 2011

Utusan lapor persaingan sengit PRK UPSI

Tanjong Malim, 3 Mac - Akhbar Utusan Malaysia keluaran Rabu , 2 Mac 2011 telah membuat satu laporan khas berhubung Pilhan Raya Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah berlangsung beberapa hari lalu dibawah tajuk 'Saingan Kerusi MPPUPSI Sengit'.


Ulasan akhbar Melayu tersebut turut menyatakan luahan calon popular (majoriti) Amirul Afzan Norakim yang tidak menyangka boleh memenangi undi majoriti kerana terpadat 17 calon bertanding di kerusi umum.

Dalam pada itu, ulasan akhbar tersebut turut menyatakan nama-nama calon yang telah memenangi kerusi MPP namun tidak mengulas pertembungan antara kumpulan yang wujud dalam merebut kerusi badan tertinggi pelajar tersebut.

Dalam hal berkaitan, angkat sumpah perlantikan rasmi MPPUPSI dikatakan akan berlangsung pada 11 Mac.

No comments: