March 6, 2011

Amirul : pengurusan MPP celaru


Tanjong Malim, 06 Mac – “ Saya memang tidak diberitahu apa-apa berkaitan hal pengambilan ahli rakan exco untuk setiap Exco MPP.” Begitulah luahan rasa tidak puas hati salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang mendapat undi popular dalam PRK tempoh hari, Amirul Afzan Norakim.

Kepimpinan MPP kali ini mendapat kritikan yang begitu hebat daripada pemerhati bebas politik kampus terhadap isu ‘kerajaan campuran’ yang seharusnya dibentuk dalam kabinet kali ini. Belum lagi reda dengan masalah tersebut, hari ini mereka sekali lagi melakukan kesilapan dengan mengeluarkan notis pengambilan rakan exco tanpa memberitahu dan berbincang dahulu dengan ahli yang lain. Pengumuman tersebut sebaliknya hanya dipamerkan dalam laman facebook.

“Agak janggal perihal yang berlaku ini sedangkan kami yang sepatutnya terlibat sama tetapi tidak diberitahu sepatah pun. Sepatutnya mereka harus panggil semua ahli bermesyuarat untuk tentukan tarikh yang sesuai dan dipersetujui semua, kerana pada tarikh temuduga dibuat kami sebagai MPP mesti ada untuk mengambil rakan exco yang akan bekerja bersama exco pilihan masing-masing, katanya lagi.”

Barisan MPP merupakan badan organisasi mahasiswa tertinggi di sesebuah universiti. Mereka sepatutnya menunjukkan professional dalam melakukan sesuatu perkara. Pihak yang bertanggungjawab diminta supaya tampil memberikan penjelasan berhubung isu kecelaruan tugas ini.

No comments: