March 29, 2011

Pelajar UPSI dirempuh dalam rumah


Tanjong Malim, 29 Mac- Seorang pelajar UPSI telah dirempuh kereta yang terbabas dan memasuki ruang tamu rumah sewanya, semalam. Pelajar yang dikenali sebagai Istiarsyah ,26, dikatakan parah kerana rempuhan tersebut.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang semalalm ketika mangsa bersiap sebelum keluar dari rumah di Jalan Bahtera 5A, untuk ke kuliah. Mangsa melecur di badan dan kaki serta cedera di muka dan ditangan selepas terperosok di bawah Produa Kancil dipandu oleh seorang pelajar wanita juga pelajar UPSI.

Menurut saksi kejadian ini yang merupakan jiran mangsa, Mohd Azrin Mat Rais,32, berkata dia terkejut apabila mendengar dentuman kuat dari rumah berkenaan.

"Saya bergegas keluar dan melihat sebuah kereta dinaiki oleh lima pelajar wanita berada di dalam rumah selepas merempuh pintu besi dan kaca rumah berkeaan. Lebih mengejutkan lagi, melihat seorang lelaki tersepit di bawah kereta terbabit sambil meraung kesakitan" katanya.

Rempuhan kereta berkenaan menyebabkan mangsa terseret hingga ke dinding dapur rumah dan cedera akibat terkena serpihan kaca dan melecur akibat ditindih badan dan ekzos kereta.

Dalam pada itu, saudara Amirul Afzan, Exco Kebajikan, ketika ditemui berkata "saya baru dimaklumkan berkenaan dengan perkara ini, sekarang ini mangsa sedang dirawat di Hospital Slim River dan diharap kita semua berdoa agar saudara Istiasyah selamat dan sembuh dengan cepat"

4 comments:

Anonymous said...

perangai macam babi .. tiru Harian Metro tapi buat macam berita tulis sendiri..memmang hudoh perangai Mahasiswa Pendidik ni..

farid said...

Macam mana boleh belaku sampai keta tebabas masuk dalam rumah? Pelik, dan kawasan taman bahtera tu sendiri rasanya x lah berhampiran jalan besar atau kawasan pandu laju..kecuaian manusia dan ketentuan Allah x de sape yang mampu menjangka.

~PERMATA ISLAM~ said...

Ya Allah..bunyi macam teruk.rasa memang teruk.semoga mangsa cepat sembuh. Macamna kereta tersebut boleh masuk rumah beliau?

Anonymous said...

Mmm kebetulan pula kenyataan Bung Mokhtar dalam surat khabar hari ini..