November 20, 2010

Tim. pendaftar akademik: Pelajar lalui ujian MEdSI tak perlu lagi INSAK

Tanjong Malim, 20 November - Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah melalui ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) semasa temuduga kemasukan ke Upsi tidak lagi perlu melalui ujianInventori Sahsiah Keguruan (INSAK) bagi memenuhi syarat 'posting'.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Timbalan Pendaftar Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris, En. Mohd Husyaini Hashim dalam satu majlis baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa perkara tersebut telah termaktub bagi pelajar generasi baru yang telah melalui ujian MEdSI bagi kemasukan ke institusi latihan pendidikan guru.

Dalam hal berkaitan, syarat baru tersebut disifatkan selaras dengan tarikh bermulanya ujian MEdSI yang melibatkan mahasiswa ambilan bermula Julai 2007/2008.

8 comments:

Anonymous said...

bagus...

Anonymous said...

termasuk temuduga gak ke?

Anonymous said...

mohon upsi edarkan pekeliling berkaitan yang disahkan oleh KPM atau SUPP... nnt kita syok2 sendiri pulak

[ukhti yaya] said...

:: alhamdulillah.. setuju sgt2~

Anonymous said...

xsetuju..... biarla melalui tapisan yg betul-betul berkualiti... xda la adanya cikgu lembut atau cikgu xtahu benda

Anonymous said...

dalam kalangan guru usah ada diskriminasi..lembut atau tak..bukanlah persoalan..persoalan???menyumbang atau tidak..berkualit atau tak..usah meberi komen negatif yang mengabaibkan golongan tertentu..walaupun saya di pihak yang tidah bersetuju dengan goloingan ini...
justeu,tetap harap tedapat gambaran yang jelas dengan bukti yang kukuh n penededahan meluas mengaenai isu posting ini..SEKIAN.terima kasih.

Anonymous said...

lembut yang buatkerja lebih baik drp xlembut tp satu apa pun xjalan..

Graduan ISMP dari UM said...

adakah untuk pelajar UPSI shj ataupun graduan pendidikan dari IPTA yang lain pun tidak perlu melalui Ujian Insak?