November 15, 2010

Saya difitnah - Zahar

Tanjong Malim, 15 Nov – Sikap berdiam diri yang diambil oleh Mohd Zahar nampaknya semakin hari semakin parah apabila tiada tanda-tanda isu ini akan senyap. Beliau sebelum ini telah diminta untuk komen kepada salah satu ‘comment’ yang dipostkan oleh seseorang yang memanggilnya dengan gelaran ‘abang’ dalam facebooknya.

Facebook ‘Wan Humairah’ yang telah menimbulkan kontroversi apabila memberitahu kononnya beliau mengenali Mohd Zahar dan sentiasa bermain ‘sms’ dengannya. Hal ini bagaimanapun dinafikan oleh Mohd Zahar yang dihubungi oleh pihak upsikini dan beliau seolah-olah tidak mahu ambil peduli akan perkara fitnah tersebut.

‘saya tak kenal pun siapa wan humairah tu, jangan layan sangat la benda-benda camni, karut je belaka ni’,kata beliau semasa pihak upsikini cuba mendapatkan respon berkaitan isu tersebut.

Tindakan ini dilihat seolah-olah sengaja ditimbulkan bagi menjatuhkan reputasi beliau sebagai Exco MPP. Perang saraf sebegini memang akan berlaku pada saat macam ini, tambahan pula beliau merupakan antara calon yang dijangka akan menyambung tradisi Mahasiswa Pendidik dalam medan politik kampus. Namun perkara ini belum lagi disahkan oleh beliau.

3 comments:

Fadhlullah Universoul said...

teruskan zahar..
aku nmpk kegigihan kau..

~PERMATA ISLAM~ said...

Pihak yang benar akan sentiasa diuji.Itu mehnah dan ujian yang akan sentiasa dihadapi. Harga sebuah perjuangan lebih mahal dari fitnah itu. we trust you.

Nurul S Othman said...
This comment has been removed by the author.