Tanjong Malim, 20 November - Exco Perpaduan dan Integrasi MPPUPSI , Samuel Sila Mathew Unjah (gambar) membidas tulisan yang dikeluarkan oleh kolumnis Upsikini yang bertajuk 'Pemain catur dan politik kawalan di kampus Upsi'.
Tulisan yang ditulis oleh mahasiswa Upsi Ahmad Wafiuddin yang telah diemailkan kepada Upsikini baru-baru ini telah mendapat respon daripada beberapa MPP yang tidak senang duduk dengan beberapa dakwaan yang dinyatakan.
Samuel menyifatkan bahawa "MPP berperanan sebagai suara mahasiswa dan mahasiswi yang boleh bertindak secara proaktif dalam melicinkan pentadbiran dan membantu Universiti. Namun ia bukanlah sebagai pak turut semata-mata seperti mana yang dilaungkan ramai mahasiswa."
Beliau turut menyatakan bahawa dakwaan mengenai adanya pencatur di dalam kabinet MPP merupakan satu dakwaan tidak berasas malah wujudnya campur tangan pihak tertentu juga tidak berasas.
Tambahnya yang turut mengingatkan mahasiswa bahawa "jikalau tidak bersedia mengorbankan apa sahaja, usah cakap ingin menjadi pemimpin mahasiswa kerana diri seorang pemimpin itu seharusnya sentiasa berkorban dan bersedia ", ujarnya.
Dalam hal berkaitan, Ahmad Wafiuddin yang memberi komen balas kepada Upsikini menyifatkan bahawa tulisan itu ditujukan kepada individu tertentu dalam MPP. Katanya "tak semua mereka dicatur. Hanya orang-orang penting sahaja dicatur dan saya rasa beliau (Samuel) tidak terlibat dalam percaturan tersebut bahkan mungkin tak tahu."
1 comment:
Samuel koya.. dia tak sedar. dulu pun MPP dicatur jugak.
Akmal yang layak jadi YDP tidak jadi YDP sebab percaturan yang tidak adil oleh pihak di sebalik tabir..
Post a Comment