November 20, 2010

Lepas Akmal, Aqilah pula berjaya 'posting'

Tanjong Malim , 20 November - Kejayaan Akmal Madzir , Koordinator MPP Pro Kebajikan 2009/2010 baru-baru ini disusuli pula kejayaan rakan seperjuangannya Nur Aqilah Hanis yang juga merangkap jurucakap mahasiswi MPP Pro Kebajikan mendapat penempatan. Beliau dilaporkan telah mendapat keputusan penempatan sejak beberapa hari lepas melahirkan rasa gembira dan syukur.

Aqilah yang juga mantan MPP Akademik dan Kerjaya sesi 2009/2010 dikatakan antara wakil mahasiswa yang lantang bersuara berhubung beberapa isu kebajikan mahasiswa termasuk isu penempatan 'dibekukan' pada tahun lepas.

Beliau yang memaklumkan perkara tersebut menerusi blog peribadinya menyatakan "Perjalanan saya tidak akan terus berhenti. Insya-Allah saya akan teruskan di sekolah baru pada masa yang ditetapkan di SMK Seri Sentosa, Kuala Lumpur. Rezeki saya di Kuala Lumpur. Saya sedar cabarannya."

Tambahnya, "untuk teman-teman yang bakal memulakan tugas sebagai guru 22.11 nanti, TAHNIAH dan SYABAS kerana kalian merupakan insan terpilih untuk mendidik generasi pelajar-pelajar pada masa kini dan akan datang. Setiap setitis ilmu yang dicurahkan akan menjadi saksi buat kita semua di akhirat kelak, insya-allah. Mulianya tugas guru, perlu ikhlas." ujarnya.

2 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH BUAT CIKGU AQILAH..WALAUPUN DIKATAKAN BYK KONTROVERSI DALAM KAMPUS MENGENAI DIRINYA, NAMUN DAPAT POSTING JUGA..KALAU DAH LAYAK TAKKAN KERAJAAN NK SEKAT KAN..INILAH BUKTI YANG KERAJAAN TAK BOLEH BUAT APA2 KEPADA PELAJAR YANG DIKATAKAN BYK MEMBANGKANG KEPUTUSAN KERAJAAN N UNIVERSITI..JOM KITA BANGKIT,JANGAN TAKUT JIKA DIGUSARKAN DENGAN TIDAK DAPAT POSTING N SBGNYA TU. HIDUP MAHASISWA.

YUSRI said...

SAYA PELAJAR MASTER BIO UPSI (PJJ).... MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS PENEMPATAN CIK. SAYA DAH MENGAJAR HAMPIR 17 THN. DARI 1993....GURU LPSN MPKB...PKPG UPSI 2002/05...PERNAH MENGAJAR SK REN...9 THN. SATU JE PESANAN SAYA...APA SAJE TUGASAN.. TERIMA JE, PENGALAMAN AKAN DTG SENDIRI. SAYA DAPATI ADA GURU BARU (SEGELINTIR JE)....NO KOMITMEN, X MASUK KELAS... SAYA PERNAH JADI COACH BOLASEPAK...HASIL ANAK DIDIK SAYA JADI PENYERG M'SIA.. SAFEE SALI...SAYA BUAT KERANA MINAT...DPT PENGALAMAN YG PELBAGAI BYK DUKANYA....SEKIAN