May 24, 2010

MPP : Perberlanjaan besar diperlukan ke Kemboja


Tanjong Malim , 24 Mei - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI di bawah Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa dilaporkan memohon sumbangan bagi menampung perbelanjaan dan peralatan untuk melaksanakan program khidmat masyarakat antarabangsa di Kemboja pada 7-12 Jun ini.

Program terbabit dikatakan memakan belanja yang besar dan memerlukan sumbangan dari beberapa pihak.

Menurut Exco Perhubungan Awam, Noranoor Arifin, perbelanjaan agak besar diperlukan untuk membeli peralatan dan keperluan yang akan disumbangkan kepada masyarakat disana, maka pihak MPP amat berbesar hati jika pelbagai pihak dapat memberi sedikit sumbangan berbentuk wang tunai, barangan terpakai seperti pakaian solat (telekung dan kain pelekat), pakaian harian dan barangan lain yang dirasakan sesuai.

Dalam hal berkaitan, khidmat masyarakat ke Kemboja terbabit dikatakan program kali ke-3 Universiti Pendidikan Sultan Idris yang diadakan ditempat yang sama.

17 comments:

Anonymous said...

sebuk sgt nk gi kemboja wtpe?
rkyt mlysia pun rmai yg susah wei...
alasan nk gi jln2 le tue..haha

sang mencari kebenaran!!!! said...

saya fikir program ini tidak rasional...sebelum sy mengulas panjang..elok lah sy meminta dr exco PRO MPP nyatakan matlamat dan objektif program ini dianjurkan...sy akan ulas kenapa sy katakan tidak rasioanal...harap coment ini diambil perhatian....

Raja Hasbullah said...

Bagi saya inilah satu program untuk mengantarabangsakan pemikiran bakal2 pemimpin masa depan negara dengan berkunjung ke luar negara dan mengetahui 'cara susah' dan erti perjuangan untuk hidup yg ternyata amat berbeza seperti yg berlaku kepada org susah di dalam negara kita..

Semoga program ke kemboja ini akan menjadi satu bentuk program pengerak minda mahasiswa untuk lebih hebat lagi di persada pimpinan negara..

ia juga melibatkan soal politik. Sebab itu politik dan mahasiswa tidak boleh dipisahkan harta kepada anak-anak kecil sekalipun..

Jangan ada dikalangan MPP berkata "hoorey aku dapat melancong ke kemboja"..

Kalau ada yg sebegini memang haram jadah lah..

Anonymous said...

MPP paling best ialah mpp yg selalu bersama mahasiswa bukan mpp elit mcm mpp yg poyo..sokong mpp yg baik

Anonymous said...

bagi aku kerajaan bawa MPP ke Kemboj suruh depa tengok negara lain miskin.

then kata kat depa "kita Malaysia jauh maju berbanding depa duk bawah UMNO", mahasiswa masih x syuku lagi ka..dok skong Pakatan Rakyat

Kenapa depa x bawak g negara maju cam UK ke, suruh mahasiswa celik cket dengan kemajuan dieorang..

celik dengan ketelusan demokrasi dieorg,..

sang mencari kebenaran!!!! said...

saya dimaklumkan bahawa masuk kali ini sudah 3siri jelajah MPPUPSI ke KEMBOJA...alasan yg digunapakai adalah seperti berikut:
sprti yg dinyatakan oleh Raja Hasbullah
Bagi saya inilah satu program untuk mengantarabangsakan pemikiran bakal2 pemimpin masa depan negara dengan berkunjung ke luar negara dan mengetahui 'cara susah' dan erti perjuangan untuk hidup yg ternyata amat berbeza seperti yg berlaku kepada org susah di dalam negara kita....

PERSOALANNYA...
SY TETAP MENYATAKAN KURANG RASIONAL KERANA MASUK KALI INI TELAH MASUK KALI KETIGA UPSI KE KEMBOJA...BAGAIMANA PULA HASIL UTK SIRI 1 DAN SIRI 2???

ADAKAH MINDA MAHASISWA DIANTARABANGSAKAN...KALAU IA...BERAPA BANYAK HASIL YG DIPEROLEHI OLEH MAHASISWA???ADAKAH HANYA SEGELINTIR SEDANGKAN MAHASISWA YANG LAIN TIDAK MENDAPAT FAEDAHNYA...KENAPA TIDAK MENGETENGAH LAPORAN PENYELIDIKAN BAHAWA MINDA MAHASISWA DIANTARABNGSAKAN???

SEDANGKAN UNTUK MENGGUNAKAN KHIDMAT BAS UPSI HANYA 4 BUAH NEGERI INIKAN PULA MENAIKI KAPAL TERBANG KE LUAR NEGARA...FIKIRKANLAH???MANA RASIONAL DAN MANA TIDAK.....

Raja Hasbullah said...

hehhe..
Sang pencari kebenaran yg dihormati..

siri satu dan siri dua itu org yg berlainan..

siri 3 pun org berlainan..

tempoh pemerintahan bagi MPP setahun ja..
bukan 5 tahun macam wakil rakyat..

mustahil nak bawa semua pelajar Mlaysia ke luar negara..Mereka berani menjadi calon dalam pilihanraya kampus. Jadi wajar diberikan satu keistimewaan kepada mereka.

macam kat malaysia juga. Sy andaikan macam ini. Mustahil nak masukkan semua rakyat Malaysia ke universiti. Pemilihan mereka berdasarkan kelayakan mereka. yg tak layak jangan pula kata mereka disisihkan..

fuh...
Laporan penyelidikan?
Kalau mereka dijadikan sampel kajian sila lah buat siapa yg nak buat kajian penyelidikan tersebut.

dan satu lagi cadangan sy untuk mengantarabangsakan dan memprofesionalkan pemikiran mahasiswa, benarkan mereka terlibat dengan politik malaysia sebab bila mereka terlibat dengan politik mereka akan ada semangat perjuangan dalam memperjuangkan sesuatu hak.

Anonymous said...

X yah la pg kemboja kalo belanja besar.. Dalam malaysia pon ok ape.. kat msia pon ade jer org yg susah.. X pon gi jer la kat kawasan pendalaman tu hah.. leh beri pndedahan awal.. ti kene posting kat pendalaman tu kan mudah skit.. hehe..

imakkelate said...

page FB anok-anok kelate..
jom join..

http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/Ikatan-Mahasiswa-Anak-Kelate-UPSI-IMAK/126571260695981?v=wall

sang mencari kebenaran!!!! said...

saya xkata salah dan saya xkata betul kata-kata anda...sy difahamkan...kita perlu berjimat dalam penganjuran program...maksudnya khidmat bas...xboleh lepas 4 buah negeri...sebabnya jimat perbelanjaan..bukan itu sahaja..aktiviti utk subjek kokurikulum pun mmg dicadangkan oleh pihak kokurikulum supaya memilih kawasan yg berhampiran DEMI MENJIMATKAN BAJET....dan ada juga PERSATUAN yang perlu MEMBAYAR...

kalau kita sorot kembali...
matlamat penganjuran program ini adalah utk membantu pelajar-pelajar bermasalah yg kurang pendidikan...dan MEMBANTU membina sekolah...(wah mengalahkan kerajaan KEMBOJA gitu) sy tidak lah cetek ilmu mengetahui suasana kemboja...tp wajar kah pemilihan KEMBOJA...adakah MALAYSIA sendiri telah maju tanpa ada lokasi sekolah yg bermasalah???

cara anda memberi jawapan membuktikan anda hanya mengutamakan KORONI...pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang mengutamakan kepentingan hak orang bawahan berbanding kepentingan diri....

utk mekluman RAJA HASBULLAH lagi..
belum ada mana-mana Universiti yang memegang kuasa MPP utk satu sesi sepanjang 5 tahun atau 10 peggal...yang ada pun 1 tahun 2 penggal/ semester...janganlah bermain dengan bunga yang layu...tidak cantik...

saya rasa perlu lihat kembali jurang KRONI MPP dengan PERSATUAN,
KRONI MPP dengan JMK...

saya ada juga dimaklumkan kertas kerja salah sebuah JMK utk ke luar negara terbatas gara-gara tiada peruntukan LANGSUNG dr pihak yang sepatutnya...kenapa???adakah perbezaah perkataan MPP dan JMK memanipulasikan perkara ini...

persatuan pula...sy dengar dari manisfestor salah seorang deklarator MPP berkata ketika bermanifestor suatu ketika DAHULU:
"SAYA AKAN MEMPERJUANGKAN HAK MAHASISWA DENGAN MEMBAWA PROGRAM KELUAR DARI 4 KAWASAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH BAS"...ADAKAH ITU HANYA KATA-KATA SAHAJA...salah satu golongan munafik adalah bila berkata dia BERDUSTA...kan???renung-renungkanlah...

saya sudah lama perhatikan pergerakan blog UPSI KINI ni...selama ini anda hanya memikirkan orang lain bermasalah sedangkan kesalahan yang ada pada anda tidak sedar...sekadar ingatan dari Sang Mencari Kebenaran (SMK)...jangan nanti ada peprangan ideologi blog antara UPSI KINI dengan blog lain...

kalau kita lihat di USM,UM dll..mahasiswa mereka lagi matang dengan penulisan blog yang lebih berani...
cukup setakat ini...tetapi kata-kata yang dilontarkan oleh Raja Hasbullah berbunyi seperti berikut saya kutuk keras:

mustahil nak bawa semua pelajar Mlaysia ke luar negara..Mereka berani menjadi calon dalam pilihanraya kampus. Jadi wajar diberikan satu keistimewaan kepada mereka.

kenapa perlu LUAR NEGARA???dalam negara sudah tiada ker???
kenapa perlu ada KEISTIMEWAAN yg berbeza???

paparkan komentar ini!!!

Pengarah Program Kemboja said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sang mencari kebenaran!!!! said...

pergilah berbakti kepada negara luar wahai mpp...SMK akan mengalah...ingat...mengalah tak semestinya kalah....

Raja Hasbullah said...

sapa ya pengarah program kemboja. kami mahasiswa UPSI ingin tahu sapa.

Anonymous said...

i'm NOT MPP said...>>

x yah g... x rasiaonal...!

sang mencari kebenaran!!!! said...

satu cabaran untuk mpp upsi...buat gabungan semua persatuan dan jmk...hantar misi bantuan kr gaza lg...jangan dik takut ancaman...pengorbanan mahasiswa upsi mampu membuka mata dunia

Anonymous said...

saya setuju dengan SMK..kami semua mahasiswa setuju untuk mencabar MPP menerusi Pengarah Program yang kononnya sangat berkaliber buat misi kemanusian di Gaza.. ada berani ke MPP...Minta perjelasan dari Pengarah Program sama ada berani ke tak buat misi kemanusian ke sana

Anonymous said...

GAZA PALESTIN!
GAZA PALESTIN!
GAZA PALESTIN!
GAZA PALESTIN!
GAZA PALESTIN!...