Tanjong Malim,30Mei- Pasukan bola sepak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mewakili universiti ke Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) baru-baru ini dikatakan kurang menyerlah berbanding tahun lalu apabila hanya muncul Johan bagi kategori ‘Loser Pool’.
Menurut sumber, pasukan UPSI telah tewas pada pusingan kedua. Setelah itu, pasukan UPSI menyertai kategori ‘loser pool’ dan berjaya muncul sebagai johan. Pencapaian tahun ini dikatakan kurang menyerlah berbanding tahun lalu, iaitu pasukan UPSI berjaya muncul sebagai naib johan kategori ‘winner pool’.
Katanya lagi, pihak penganjur amat mengharapkan pasukan UPSI bertemu dengan johan ‘winner pool’ pada tahun ini iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat akhir, namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasukan UPSI apabila tewas hanya dengan penentuan sepakan penalti dengan pasukan Universiti Malaya (UM) pada pusingan kedua untuk melayakkan diri ke kategori 'winner pool'. Pada pertemuan akhir tersebut, UiTM berjaya menewaskan pasukan UIAM dengan kemenangan 5-0.
Menurut Ketua Penerangan Pro-Kebajikan yang ditemui berkata, beliau mengharapkan agar pasukan bola sepak UPSI lebih menyerlah dan beliau turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang dikecapi. Beliau juga berdoa agar pasukan UPSI akan berjaya memperoleh kejuaraan pada masa-masa akan datang.
“Majulah Sukan untuk Negara”

1 comment:
Saya cuma sempat menonton separuh masa pertama semasa UPSI vs UM. UPSI bermain dgn baik semasa menentang UM. Boleh dikatakan mereka yang mengawal permainan. Persembahan corak permainan UPSI pun cantik, ada keserasian antara pemain. Namun, nasib yang menyebelahi UM.
Apapun, tahniah saya ucapkan kepada UPSI kerana berjaya mengharungi Loser Pool dan menjuarai ketegori tersebut. Harap dapat bertemu dengan UPSI pada final kejohanan depan. Salam ukhwah.
-Pegawai UiTM FC
Post a Comment