May 21, 2010

Keputusan 'exam' boleh disemak hari ini

Tanjong Malim, 21 Mei - Makluman kepada seluruh mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris bahawa keputusan peperiksaan bagi Semester 2 sesi 09/10 telah dikeluarkan dan boleh disemak bermula hari pada hari ini menerusi SMS atau laman Mysis.

Makluman terbabit diterima Upsikini lewat petang tadi dari Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI, Mohd Amin Mat Sidik yang menyatakan bahawa keputusan peperiksaan telah pun dikeluarkan secara rasmi pada hari ini selepas berlangsung 'meeting' senate semalam.

Dalam pada itu, Mohd Amin menyifatkan tindakan universiti menerusi Bahagian Akademik dan barisan pensyarah wajar dipuji ekoran keputusan peperiksaan pada kali ini dikeluarkan lebih awal dari tempoh yang dijangka.

Katanya, "kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada universiti , Bahagian Akademik dan semua pensyarah kerana telah berusaha untuk mengeluarkan keputusan lebih awal dari tempoh sebelum ini. Ini memudahkan mahasiswa pada sesi depan untuk mendapat kredit pinjaman lebih awal."

Dalam hal berkaitan, semalam Upsikini melaporkan keputusan 'exam' dijangka akan dikeluarkan dua minggu selepas 'meeting' senate, namun ianya telah dikeluarkan lebih awal dari tempoh jangkaan.

18 comments:

Anonymous said...

saper y bg info ni? mn resultnya? bkk mysis xkuar pon lg... knp suka bg info y xbtl?

Mr. Teller said...

Anonymous..

Anda semester berapa ?
Anda cek betul-betul..
Semua orang sudah maklum mengenainya.
anda boleh rujuk sendiri Bahagian Akademik jika tidak percaya.

Teruskan bersama Upsikini.

Anonymous said...

mmg xkua pn..
sye sem last..sem 8..
da abes prktikel da..
tp check xde pon dlm mysis..
cmne tuh..huhu..

Nurul Akma Bahari said...

a'a...cube tanye dorang nape result budak2 praktikal tak kuar gi..tapi budak dpli nye da kuar....kitorg yang bukan dpli ni...tlg tnye kan..hee

Mr. Teller said...

Oh, anda Semester 8. Memang tidak keluar lagi.

Kami mohon maaf sekiranya maklumat ini di salah tafsir..

Mengikut maklumat tak rasmi dari MPP Akademik pelajar sem 8 akan keluar 16 Jun (kemungkinan).

Sebarang maklumat terkini insha Allah kami akan maklumkan.

Teruskan bersama Upsikini.

cHeQgu sQema said...

lambatnyer?? x selaras lansung dengan perutusan exco akademik mpp.. aperla..

Anonymous said...

dpli best...........

Raja Hasbullah said...

Sabarlah..

Bising macam tunggu kelulusan lesen judi pula..

tarikh dh ada.

tunggu saja...

Anonymous said...

last exam 5hb mei...result keluar, 21 mei...tempoh yg agak pantas untuk menyemak jwapan2 esei khususnya (dgr khabrnya 5 hari je utk semak)utk paper awal, mybe pnsyarh da semak awl.....soalan objektif ada mesin cptla..

adakah semakan kertas jawpan memenuhi spesifikasi sebenarnya ...skdr pandangan..

Anonymous said...

aku pun kurang bersetuju tempoh 5 hari untuk lecterur semak kertas..

kesian, memang tergesa-gesa, aku rasa pensyarah bukan tak da kerja lain..

nak kena observe student praktikum lagi, research lagi...

tiba2 dapat arahan marking 5 hari..
aku rasa kualiti untuk semak dengan baik mungkin kurang terutamanya paper esei

Anonymous said...

bising jer.... xyah masuk u la... asyik bising jer.....

Anonymous said...

ko ni anony...

orang masuk u nak jadi cerdik...
bukan jadi pak turut semua benda..
kena kritis la lol...
baru ada penambah baikan..
baru boleh lihat mana kekurangan..
baru boleh tingkatkan kualiti..
kalo sume hangguk macam mana lol..

"pemikiran kebalakang mahasiswa kini jadi pak turut , penakut, tak kritikal, kena suap,dicucuk hidung, bla3..

Anonymous said...

klu blh,minta mpp exco akademik semak semula tempoh semak kertas jwpn bagi mngelak sbrg masalah khususnya x memenuhi spesfikasi, semak seimbas lalu n all problem...

Anonymous said...

result kuar lambt bising, result kuar cepat pon nak bising.. ape daa.. kalo x puas ati ngan result leh semak balik kan. lek la..Dri aspek kualiti plak aku x tau nk ckp per.. sebb kat upsi nie blmbak2 dak2 dpt dean list.. mcam pelik plak.. kat u lain sush nak jmpe kes cam ni.. exam upsi kuality dier rendah ke dak2 upsi mmg pndai2..hehe.. komen skit mpp

HajiMuda said...

bila cepat...jadik masalah....bila lambat....merungut...so?? ape cerita nih?

kpd Mr Teller...boleh anda perkenalkan diri anda utk kepastian semua pihak?

sentiasa memerhati anda...

Anonymous said...

bising bersebb,,dulu sem lps lmbt smpi da buka sem,ni laju plk,,kna kji jg, bkn duk stkt cucuk hidung ikut je,,,kreatif skit fikir,,bkn soal x puas hti dgn result tp kualiti,

sya sndiri x pnh dpt dekan, tiba2 da dekan......so bising sbb result ke?

Anonymous said...

nk komen pasl result ramai dpt dekan ni, pd aku benda ni xde la mslh besar pon, nk komen psl kualiti aku rs kurang tpt la kan, UPSI mesti dah ada standard dia, mn boleh nk compare2 ng U lain,mn ada U.Pendidikan lain kat m'sia ni,UPSI satu je, kalo nk compare kena la compare y sama standard baru kena,mn blh compare gajah ng lembu, xkena, confirm la byk perbezaan... lgpun UPSI ni kuarkan satu produk je(cikgu),aku rasa stdy kat UPSI ni lebih kpd membina jati diri, menjana minda, bknnya menekankan akademik sampai terkeluar dr tujuan,sampi ada y "mental".Xsesuai la kot, kalo y mengomen tu nk ilmi lebih, blh sambung master, pastu wat phd. just pandangan dan cadangan. pada aku pada paper tu bkn segala2nya, hasil janaan minda selama 4tahun tu y penting...

sayangsolehah said...

sbr2..itu hy cadangn dr anon utk semak semula tempoh menyemak kertas exam..jgn emo sgt kwn2..

~steady n cool~