May 19, 2010

Amin sifatkan cadangan ’25 setiap kelas’ perlu sedia lebih guru

Tanjong Malim, 19 Mei – Cadangan jawatankuasa khas mengkaji bebanan guru di sekolah yang dinyatakan semalam wajar dinilai dengan teliti oleh badan berkenaan sekiranya ingin dilaksanakan. Pelbagai pihak di kalangan mahasiswa memberi respon positif terhadap cadangan terbabit sekiranya Kementerian Pelajaran bersedia menyediakan lebih ramai guru.

Menurut Mohd Amin Mat Sidik, Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI , kita di peringkat mahasiswa bersetuju dengan cadangan mengehadkan jumlah pelajar kepada 25 murid bagi setiap kelas memandangkan ianya sudah lama dilaksanakan di Negara maju seperti di Amerika dan Australia.

Katanya, “ di Los Angeles dan Australia kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah kelas adalah sekitar 20 hingga 25 orang dan ianya memberikan kemudahan kepada guru dalam menguruskan bilik darjah serta dapat memberi lebih tumpuan mendidik pelajar manakala dalam Islam turut dianjurkan pendidikan secara talaqqi (seorang guru dengan seorang murid) untuk lebih berkesan”

Tambahnya “menurut guru sosiologi sejarah dunia , Christine Warner, dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas, adalah sukar bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya".

Sekiranya cadangan tersebut ingin dilaksanakan, sewajarnya ia akan mengurangkan bebanan guru di sekolah dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bukannya memberi lebih tekanan kepada guru dengan terpaksa menguruskan lebih banyak kelas” ujarnya.

Dalam hal berkaitan , Amin menyifatkankan cadangan tersebut adalah baik sekiranya disusuli dengan penambahan guru untuk mengurangkan bebanan dan beliau kurang yakin KPM akan menambah jumlah guru dalam masa terdekat ini.

4 comments:

Anonymous said...

Salam.

Aku rasa kerajaan tak kan buat 25 org satu kelas kalau kena tambah guru.

Ura-ura isu posting tangguh dulu pun belum pasti lagi macam mana, apa lagi nak tambah guru.

Kalau tambah pun mesti ambik DPLI ramai2..baru cepat boleh buat cadangan tersebut berbanding ambik budak ISMP empat tahun, lambat betul.

milady said...

jangan terkejut..tp sy yang terkejut dimana sek tempt sy praktikum..satu kelas smp 5o..student duk berhimpt..rase2 tercapai ke ilmu apa yg sepatutnya pelajr dpt..tolong fikir2kan..knape perlu berjimat utk pendidikan..?

Raja Hasbullah said...

Lepas Perlawanan Piala Dunia nanti banyak la duit kerejaan hasil kutipan duit lesen judi..

Masa itulah kerajaan akan berbelanja besar untuk PENDIDIKAN..

duit judi digunakan untuk bayar korg sume wahai guru2..

pastu korg guna duit itu simpan tabung haji buat pergi mekah..

kahkahkah...

Jom pakat2 gulingkan KERAjaan BN (babi negara)

Anonymous said...

kerajaan UMNO tak dak duit doh,,

duk habis duit kut politik ja...

sebab tu la tak da bajet, x berjimat@kedekut untuk pendidikan..

kalau tak kedekut mesti semua mahasiswa IPTA dah dapat biasiswa..huhuh