April 9, 2010

Kuliah pindah dari Taman U ke Proton City

Tanjong Malim , 9 April – Sesi kuliah pada semester hadapan yang kebiasaannya melibatkan penggunaan Taman Universiti akan dipindahkan ke Proton City semester depan. Menurut sumber, tindakan terbabit diambil setelah timbul beberapa isu mengenai tempat kuliah yang dikatakan seperti rumah kedai dan juga dikatakan kadar kos sewa yang tinggi menyebabkan universiti mengambil tindakan menukar tempat kuliah.

Dalam pada itu, tindakan terbabit menimbulkan tanda tanya mahasiswa tentang bagaimana perjalanan bas ke kuliah Proton City. Ekoran jarak hmpir 12 kilometer dari kampus menyusahkan mahasiswa yang berada di Khar dan Kuo. Menurut mahasiswa sejarah, Wafi menerusi e-mail ke Upsikini , “saya menimbulkan persoalan ini sebab saya ragu-ragu tentang bagaimana perjalanan bas ke sana nanti, sedangkan kuliah di Taman Bernam pun kadang-kadang bermasalah”.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPPUPSI, Mohd Zahar menyatakan, sewaktu pertemuan bersama Naib Canselor Prof Datuk Dr. Aminah Ayob semalam telah ditimbulkan persolan ini dan kita mendapat beberapa respon dari beliau"

Menurut beliau, Prof Datuk Dr. Aminah Ayob menyatakan bahawa perpindahan kuliah dari Taman Universiti ke Proton City memang tidak dapat dielakkan disebabkn kos sewa yang tinggi berbanding Proton City yang lebih murah. Katanya kos sewa di proton menelan belanja RM15000 bulanan berbanding Taman Universiti RM 70000.

17 comments:

Anonymous said...

di mana tmpt kita belajar sekali pun..kita kena berusaha untuk mendapatkan ilmu..sedang kan Nabi mengembara untuk mencari ilmu..ini kan pula kita di zaman serba canggih...terlalu byk kemudahan yang boleh digunakan..lgpun..pihak UPSI lebih terdaulu memikirkan permasalahan ini sb tu mereka membuat keputusan...ok..bus mesti ade punya..jgn risau..lgpun..klu masa belajar dah merungut jauh..mcm mana nak mengajar nanti klu jarak dari sekolah dan tempat tggl lebih dari 20km?pk2 kan sendiri....

Ex-student UPSI said...

Ala...setakat jarak tu rasanya tak bermasalah...sedangkan pelajar daripada kz dan kab boleh datang belajar ke taman u yang perjalanan memakan masa agak lama tu, inikan pulak kuo dan khar...mungkin pelajar-pelajar daripada sana sudah terbiasa dengan jarak tempat belajar yang dekat...

Anonymous said...

alhamdullilah kerana masih ada tempat untuk pelajar-pelajar upsi menimba ilmu. pengorbanan itu penting,jangan kerana jarak menjadi isu kerana banyak lagi cabaran untuk menjadi guru.jika pelajar khar n kuo merungut renung-renungkan sudah berapa lama paljar kab n kz yang jauh dan pernah mengalami masalah jauh.

iyaka said...

sokong tindakan UPSI memindahkan bilik kuliah dari Taman U ke Proton city kerana ianya lebih menjimatkan....menurut sumber UPSI kini, kalau kelas dibuat di BILIK KULIAH TMNU perbelanjaan rm70k sebulan berbanding Proton City yang hanya RM 15k...kita dapat menjimat sebanyak RM 55k...kalau macam tu...cadangan saya duit yang dijimatkan tu perlu digunakan untuk menampung permintaan kenderaan dari KHAR dan KUO ke Kampus, KHAR dan KUO ke PRoton City, KAB dan KZ ke PRoton city dan KAB dan KZ ke KAMPUS..pada pandangan saya lebihan yang kita berjaya kurangkan disebabkan perpindahan bilik kuliah boleh digunakan untuk perbelanjaan BUS>..

Anonymous said...

ampa rasala mcm ner kami student2 dpli dulu rasa nak tunggu bas mcm tunggu buah x jatuh

Anonymous said...

masih meneruskan menulis di blg ini??

masih tidak serik2 lagi?

Ahmad Putra said...

Mungkin tiba masa UPSI memikirkan mewujudkan kampus atau menyewa apartmen untuk pelajar di Proton City. dalam 2 3 tahun lagipun UPSI akan pindah ke Proton juga.

nazmin88 said...

moga2 arahan trbaru ini tidak mmbebankan pelajar dan pensyarah sndri perlu bertolak ansur sekiranya pelajar lmbt ke kelas...
susah2 dahulu kemudian senang2 selamanya...

Anonymous said...

masalah2 belajar di proton city
1.Adakah bas akan ditambah? sedangkan pagi2 pelajar KUO dan KHAR beratur lebih 100m

2.Adakah muatan bas padat2 mcm sardin?dgn perjalanan ke proton city yg berbukit tentu bahaya

3.adakah peperiksaan juga di Proton city? mcm mna kalau peperiksaan pntg tp bas tak ada


4.perjalanan yg mengambil masa yg lama memenatkan pelajar sehingga tidak ke perpustakaan

5.pelajar yg menaiki kenderaan sendiri perlu menenggng kos perjalanan yg lebih tinggi..begitu juga pensyarah.

kesimpulannya..hindari rasuah dan sikap bertanggungjawab dpt menyiapkan kampus di Proton dgn kadar segera.

Anonymous said...

kami mempunyai hak untuk bersuara kerana kami pelanggan dalam konteks ini...tolong jangan mencerca dengan alasan cabaran apabila posting...ini kerana kalau kita sudah menjadi bakal guru...pelajar di sekolah pula menjadi pelanggan...dan keutamaan pelanggan harus diutamakan...tak ker betul...kalau suara seorang mahasiswa tidak diberi, baik tukar sahaja title mahasiswa jadi murid2...apalah!!!cakap tak berasas....saya amat marah kalau kita sebagai mahasiswa upsi yg membangkitkan isu2 sering di cantas balik dengan alasan kalau posting bagaimana???kalau begitu sistem demokrasi UPSI mati...sebab kita tak deberi kebebasan dan ruang memberi pandangan...

Anonymous said...

mmg betul jarak dari kuo/khar untuk ke proton city sangat jauh.pihak berkaitan diharap dapat mengambil inisiatif supaya konsep menang-menang antara kedua belah pihak tercapai..apapun, pelajar perlu bersedia dgn cabaran kesusahan semasa belajar demi kesenangan masa depan

Anonymous said...

hahahahaha korang baru tau camner apa yg kami rasa.... kan dah kene batang idung sendiri.... sendiri mau ingat la

anti khar kuo said...

padan muka bdk2 khar n kuo...dulu kami bdk2 kab susah susah nk p klass kt tmn u n kampus sb jauh...skang korang pulak rasa padahnya...hahaha...dulu sombong je bdk2 khar n kuo nk p klass pn senang tp skang dh trbalik...skang korang pulak susah nk p klass...bru korang rase kene turun awal nk p klass kt proton city...kami bdk2 kab dulu siap bratur pnjg nk p klass...kul 8pg klass tp kul 7pg dh kuar rumah...skang korang rasakn pulak...nasib baik bilik kuliah kampus x tukar...klu tukar ke proton city lg bgs gak...huhu...bdk2 khar n kuo x pnh brsyukur...nk ckp psl hak plajar otak korang la...ade ke dulu bdk2 kab & kz cita psl hak kitaorg kt NC upsi sb kolej jauh?huhu...pkir2 la bdk2 khar n kuo...kmudahan dh cukup kt khar n kuo msih x puas ati lg...nk kedai mkn ade dh...nk topup mlm2 buta ade 7e...smua complete...tp msih lg x syukur.korang nk pe lg?nk bilik kuliah sblh jamban umah korang ke bru puas ati...huhuhu

Anonymous said...

baru korang tahu.... bagi diaorang duk kota malim prima lak pasni... baru diaorang tahu betapa dasyatnyer dulu kami dpli mengharungi kehidupan.......tuh baru sikit dah merungut..... rileks la kan nak jadi cikgu kene la tabah... hahahahaha

Anonymous said...

kepada ANTI KHAR KUO...
sbg seorg bakal guru tidak seharusnya ada berkata sedemikian,..bukan semua peghuni khar dan kuo sombong,..beri pandangan tu biarlah berlapik,..pandangan anda tidak mencerminkan keBITARAan anda,..inikah sikap bakal pendidik?????...

Anonymous said...

assalamualaikum....

kpd semua mahasiswa n mahasiswi yg duk kat khar n kuo 2... bukan ssh lah nak g proton city... sy nie duk kat taman bahtera n kelas kat proton city... 2 sem sy naik bas ke proton city... tak da masalah pun lagipun upsi dah sediakan kemudahan bas ... gunakan lah sepenuhnya kemudahan yang ada...

renung-renung kan lah...

Anonymous said...

seronok berkuliah di proton city, suasana kelas yang kondusif dan peralatan yang mencukupi... rase cam nak berkuliah lagi kat sane... :)