April 23, 2010

Bau macam 'tahi kucing' di KHAR dan KUO

Tanjung Malim, 23 April - Mahasiswa yang menjadi penghuni Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO) mendakwa menghidu bau busuk yang meloyakan seakan-akan bau tahi kucing menyelubungi di segenap ruang kolej kediaman berkenaan.

Menurut Zuremi Mohd Zuber , katanya "saya tak pasti dari manakah datangnya bau busuk yang lebih kurang seperti bau tahi kucing yang kini menyelubungi hampir segenap ruang KUO dan KHAR. Apa yang pasti bau tersebut sangat busuk, mengganggu dan agak meloyakan terutama ketika sedang menjamah makanan. Adakah daripada baja pokok bunga ? Agak terseksa jiwa ini dan jiwa beberapa rakan yg tak tahan bau busuk ". Namun ada cakap-cakap bahawa bau tersebut datang dari baja kelapa sawit yang berdekatan.

Seorang penghuni KUO, Norliyana menyatakan inilah kali pertama bau seperti itu berlaku, "tentang bau yang kurang enak dihidu di sekitar KUO dan KHAR tu, bukannya setiap tahun ada bau begini, saya dah tinggal di KUO selama 6 sem, inilah baru kali pertama bau macam ni."

Dalam pada itu, rata-rata mahasiswa di kolej berkenaan tidak dapat mengenal pasti dari manakah datangnya bau tersebut dan menggesa agar pihak Kebajikan dan Pembangunan Pelajar mengambil tindakan segera agar tidak menggangu tumpuan mahasiswa untuk mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi ujian akhir semester.

6 comments:

Anonymous said...

sebenarnya saya dimaklumkan ada seorang MPP yang turun sendiri ke KUO untuk menyiasat aduan tersebut..MPP berkenaan memang selalu turun padang terutama di KUO dan KHAR kalau ada aduan pelajar..MPP berkenaan bukanlah MPP calon Umum mahupun fakulti. Yg pasti dia sering laksanakan tugas dengan berjaya

pak lah said...

ingin ana pertegaskan bahawa yang bau busuk tu mungkin sebahagian orang sahaja..kerana sepanjang ana dududk di sini dan keluar masuk tiada berbau apa apa hinggalah saya menulis ini...adalah tidak wajar menyandarkan sesuatu yang hanya dihadapi seseorang kepada semua...harap mohon maaf kepada rakyat malaysia

Anonymous said...

saya harap pihak berwajib blh tlg selesaikan masalah bau ini,tambah pula kami exam, duk bau busuk je nak study xselesa

ain fathihah said...

bau busuk tu memang wujud. eloklah selesaikan cepat, itupun kalau dalam bidang kuasa MPP.

kalau betul bau baja dr ladang sawit berhampiran, apa nak buat..tahan saja lah.

Anonymous said...

Kepada pak lah,mungkin hidung pak lah saja yang bermasalah,tapi bagi kami di Kuo mmg inilah realiti-harap hidung pak lah cakna ye

Anonymous said...

sapa agaknya MPP berkenaan..mohon upsikini pastikan sapa MPP berkenaan..kami ingin tahu sapa MPP tersebut