January 7, 2009

KHAR anjur solat hajat perdana rakyat Palestin

Tanjong Malim, 7 Jan.- Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid, KHAR, akan menganjurkan solat hajat perdana rakyat Palestin pada Khamis ini, 8 Januari, bertempat di Dataran KHAR.

Penganjuran program tersebut adalah salah satu usaha pihak JMK bagi menunjukkan rasa simpati dan berdoa kepada Allah agar pejuang-pejuang di Gaza dan rakyat Palestin diberikan kekuatan dalam menghadapi kekejaman Zionis.

Program tersebut dijangka bermula pada jam 7.30 malam dengan solat Maghrib berjemaah dan Solat hajat perdana serta bacaan Yaasin.

Program turut diisi dengan ceramah perdana bertajuk “Keluarga Bahagia: Sejuk Mata Memandang” selepas solat Isyak yang akan menampilkan Ustaz Zamri Syafiq sebagai penceramah.

Seluruh warga UPSI dijemput untuk hadir dalam program ini.

1 comment:

Anonymous said...

google upsi akan mengadakan kempen untuk mu palestin pada bulan hadapan... jadi bersama-sama kita menggunakan google for upsi untuk menyokong program yang akan di mulakan pada bulan hadapan... sekian.