January 6, 2009

Tiada study week resahkan mahasiswa

Tanjong Malim, 6 Jan. – Ketiadaan peruntukan minggu belajar atau study week sebelum mahasiswa menghadapi peperiksaan akhir semester untuk semester ini meresahkan mahasiswa di sini.

Lantaran itu, beberapa rungutan kedengaran di kalangan mahasiswa yang merasakan ketiadaan study week sebagai sesuatu yang sukar diterima.

Arif Mohamad, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 08/09 apabila diajukan tentang isu ini mengatakan beliau dalam usaha mengumpul pandangan dan pendapat pelajar bagi dipanjangkan ke pihak yang bertanggungjawab.

“Kita sedang mengumpul pandangan dan pendapat mahasiswa berkenaan isu ini dan satu kata putus akan disampaikan melalui perbincangan dengan pihak yang bertanggungjawab”,ulasnya.

Katanya lagi,”Buat masa ini pandangan mahasiswa akan direkod melalui ruangan forum UPSI Portal dan tindakan lanjut akan diambil dalam masa terdekat”.

Sehingga kini kesemua responden yang menyampaikan pandangan mereka di dalam ruangan forum tersebut memohon agar study week diwujudkan atas alasan keperluan sebelum menghadapi peperiksaan akhir.

Pandangan lain mengatakan adalah tidak wajar sekiranya study week dibuang dari takwim akademik kerana rata-rata mahasiswa menggunakan minggu tersebut untuk mengulangkaji sepenuhnya kursus yang diambil berikutan kesibukan menyiapkan tugasan semasa minggu-minggu kuliah.

Peperiksaan akhir semester dijadual bermula 20 April hingga 10 Mei 2009 selepas 11 minggu kuliah yang berakhir pada 19 April 2009.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
bagusla blog upsikini nie..dia highlight sesetngh MPP je yg wt keja..yg laen xwt keja lngsng la gamaknya ye..keep up the good work..
pastikan pelajar kita dpt study week..

alhamdulillah, pastikan kita nie dpt ya study week..
ye la..
study kn penting..
week utk study tu kn lg la penting..
kita sibuk sepanjang semester dgn YM nya, FS nya, n of course, blog UPSIKINI mesti slalu tgk..
akt U x join xpe, berjihad demi Islam lebih penting..
assignment?xpe, esok nk hntr mlm nie wt, exam esok pn, sehari x keluar umah, result A jgk kn..

hmmm..gaya tulisan upsikini nie brilmiah..sy sokong..:)

stokin said...

ops..menuntut ilmu ni jihad gak..walaupun result A tp menimba ilmu ke tu aek? kalau buat dlm ms 1 mlm..means xsmpat kot ilmu tu nk ditimba tp lebih kepada buat sebagai cukup syarat je kot..ish3.. fikir2kan dan slamat beramal.. =)

Anonymous said...

Kenapa mesti ada study week..aku banhgkang sebab ini agenda sebab nak alihkan pandangan pro kualiti yang selama ini menjalankan tugas dengan cemerlang berbanding kebajikan.....