November 22, 2011

'Posting' perlu ditanya kepada SPP, kata Naib Canselor

Tanjong Malim, 22 Nov. - Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa hari ini menyatakan bahawa penempatan graduan pendidikan perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Menurut beliau ketika dihubungi UPSIkini, "tempat dan orang yang sesuai ditanya soalan ini dengan lebih tepat ialah SPP dan pengarahnya."

"Mereka lebih tahu apa yang sudah dirancang. Saya hanya menjawab berdasarkan keputusan mesyuarat yang mungkin tidak sama dengan perancangan SPP."

" Biasanya jika kita mencari kerja kita bertanya kepada majikan. Oleh itu saya cadangkan anda bertanya pihak yang lebih mengetahui tentang hal ini."

Pengambilan graduan pendidikan pada kali ini diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP) dengan menggunakan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bermula tahun hadapan.

4 comments:

Anonymous said...

tiadakah pemikir bahagian dasar yang boleh merangka satu mekanisme untuk penempatan guru.

Isu macam ni selalu berulang. dulu 2 tahun tangguh posting.

Buatlah satu mekanisme utk penempatan guru baru-sediakan bajet khas utk penempatan guru baru setiap tahun. takkan bajet hanya nak bagi kat PERMATA ja 111 juta. bagi duit poket PRU RM 100 kat budak sekolah, bawak mat saleh ngajar dah berjuta...


kemaskan sistem unjuran.

tolonglah wahai pemikir pendidikan. kurikulum sekolah memerlukan guru untuk dilaksanakan

nisbah atau ratio guru di negara ini masih ketinggalan berbanding negara maju lain. kata nak menuju negara maju. tapi isu ratio guru dan murid pun masih 1:30, dan ada 1:40.
tolong lah

Anonymous said...

Bodoh, Demo-lah!

Anonymous said...

jadi kerbau la... kena ccucuk hidung pun x wat pa..

Anonymous said...

Memang SPP yang bertanggungjawab melantik jawatan guru, bukan UPSI. Kesian VC ni, tak pasal-pasal jadi sasaran.