November 17, 2011

Pengetua KUO diminta tarik balik arahan

Tanjong Malim, 17 Nov - Pengetua Kolej Ungku Omar (KUO), Dr. Bazrul b. Rahman diminta menarik balik arahan menghalang Rakan Penggerak ad-Din (RPA) dan pelajar semester 1 kolej berkenaan dari mengikuti Kursus Pengukuhan Diri Melalui Penghayatan Ibadah Solat anjuran Pusat Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tindakan mengeluarkan 2 memo yang meminta RPA lelaki KUO agar mengikuti kursus 3 hari pada 18-20 November dan Kursus Solat tak wajib kepada pelajar semester 1 dilihat sebagai cubaan beliau untuk menghalang pelajar dari mengikuti Kursus Solat pada 20 November.


Kursus solat yang dianjurkan Pusat Islam tersebut telah mendapat kelulusan lebih awal dari TNCHEP&A, Datuk Paduka Dr. Junaidi serta telah dimaklumkan kepada semua pengetua kolej. Tindakan beliau secara tiba-tiba mengadakan kursus 3 hari itu dilihat bercanggah dengan arahan dan kelulusan itu.







Memberi respon terhadap tindakan tersebut, Mohd Zahar, MPPUPSI menuntut agar Pengetua KUO membatalkan kursus 3 hari itu kerana ianya bertentangan dengan arahan TNCHEP&A yang telah meluluskan Kursus Solat serta telah dimaklumkan kepada pengetua lebih awal.

Dalam pada itu, Mohd Zahar turut mempersoalkan sama ada kursus 3 hari anjuran Pengetua KUO tersebut mendapat kelulusan HEP&A kerana dilihat tergesa-gesa dan tidak dinyatakan jenis program. 'program apa? Jika tak dapat kelulusan, kita risau mahasiswa baru ini terdedah dengan anasir-anasir yang tak baik', ujarnya.

Beliau juga tidak menolak bahawa tindakan tersebut merupakan salah satu agenda pengetua untuk melengahkan perjalanan Rakan Penggerak ad-Din dan 'memboikot' secara halus program-program memperkasakan RPA anjuran Pusat Islam.

Dalam hal berkaitan, MPPUPSI dijangka akan mengadakan pertemuan bersama Pengetua KUO esok bagi mendapatkan penjelasan dan meminta agar kursus 3 hari tersebut dibatalkan atau ditunda pada tarikh lain.





7 comments:

Anonymous said...

nampak gaya pngeTUA yg baru ni lebih kurg cam mat noor jek..alahai KUO,apalah naseb badan...teruskan istiqamah...anasir2 luar sntiasa nak ganggu gugat aktiviti dkwah..

Anonymous said...

Dakwah apa yang ko buat..dakwah bila ada kepentingan aje..teruskan perjuangan pengetua KUO..Allahuakhbar

Anonymous said...

....mintak jgn menghuraikan isu ini di dalam blog anda dan utk memburuk2 kan orang lain....rasanya pengetua KUO ni yang aku rasa terbaek selama ini...mana ada pengetua yang selalu bagi masa dengan studnt2 di kolej dan mudah jumpa di masjid je pun..siap ajak student2 datang surau, duduk program.....apa lagi korang nak carik ye? nak ape lagi? kalau tak tahu hujung pangkal cerita...jgn dok ngata kat oqang.... please la...... aku rasa korang lebih FAKIH dalam isu ni....

Anonymous said...

Dr Bazrul is the best pengetua. Moga Allah bantu beliau dala usaha beliau. Takde kepentingan sikit pun dia dapat dari apa yang beliau buat.

Anonymous said...

tak ada kepentingan?

ehs Dr Bazrul, kalau tak ada kepentigana tak kan la ko keluarkan memo arah student baru kata tak wajib pergi bengkel solat?

bengkel solat pun ko tak nak bagi kerjasama sampai naik memo macam tu..

kalau ko tak setuju bengkel tu pon p la bcg, jangan duk cakap dlm meeting lain, buat lain..cakap belakang..

please berpegang pada prinsip. jangan ikut telunjuk orang atasan ja.

jangan guna watak agama anda untuk sekat program agama yang org lain anjur. Islam tak ajar kita sekat program yang baik, apatah lagi program fardhu ain utk pelajar..

paling tak pun kalo tak setuju tak yah la keluar memo.

Awang Syazwan said...

...salam....masalahnye sekarang kalau kita tak tahu situasi dan keadaan yang berlaku,setakat dgr2 cakap orang lain,jgn labelkan seseorang itu secara melulu.... aku setuju dengan salah satu komen di atas iaitu blog UPSIKINI ni jgn digunakan utk menghentam orang lain...memburukkan orang lain...kan korang ni bawak imej yang baik... jadi hurai je la perkara2 baik... jgn sebar keburukan....nanti susah... lainlah orang tu wat maksiat terang2...itupun kita sebagai orang ISLAM dilarang utk sebarkan keburukan orang lain....sbb tu Nabi ajar kita bersangka baik sesama Muslim.....sekian.....

Anonymous said...

slm smua....

klu dak sem 1 x dwjibkn ke program tu...korang tergugat ke....

np nk wjibkn sem 1 lak...

klu ak jd pemimpin mna2 pon...ak xkn paksa org utk ikot aku....

Nabi sndri pon x pnh pksa org untuk ikot baginda....

nbi tunjuk akhlak yg mulia...

tiada paksaan dlm agama....dlm quran dah jelas.

adkh dgn sebab dia x mwjibkn dak sem1 ke prgrm tsbut mybbkn korang rsa tergugat dn mrh pd dia...ni ka sifat daie??

dia dh gtau tnc yg arhkn...np msih myalahkn beliau...

stu lg dak sem1 kuo adlh dbwh tgjwb dia....dia punya hak la nak wat pa pon....tmsuk kamu yg pljr kuo sndri.... ngn pngetua pon kmu x hormat..stp pengtua dn pmimpin yg dtg..smua nk cri buruk....suma x btol.. bkn nk sama2 gotong royong bntu dia...majukn agma di KUO ni....

luar topik:

keaiban saudra Islam kta perlu tutup...spya ALLAH tutup keaiban kita...klu kta buka keaiban org lain, ALLAH akn pastikn keaiban kita terbuka sblm kita mati...nauzubillah

....kemenangan dlm Islam bukn pd majoriti tp pd kualiti..
waalam..