November 22, 2011

“Mana wang zakat?”- mahasiswa

Tanjong Malim, 22 Nov. - Sekumpulan mahasiswa hari ini mengadu nasib mereka kepada Exco Majlis Perwakilan Pelajar, Mohd Zahar Mohamed Nor, selepas mendapati urusan wang zakat UPSI masih belum diproses sehingga kini.

Isu itu timbul selepas pemohon-pemohon wang zakat mendapati pihak Pusat Islam masih belum mengeluarkan senarai nama calon yang layak mendapat bantuan tersebut meskipun permohonan telah lama dibuat.

Ekoran daripada aduan tersebut, UPSIkini yang mendapatkan maklum balas daripada Mohd Zahar Mohamed Nor, Exco MPP UPSI menjelaskan kelewatan tersebut adalah kerana semua pemohon yang layak masih belum mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UPSI yang dipengerusikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar.

Jelasnya lagi, mesyuarat untuk mengesahkan senarai nama pemohon layak menerima bantuan zakat dijadual bersidang pada hari ini, 22 November tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan TNC HEP kerana mempunyai urusan rasmi di luar negara.

“TNC kini berada di luar negara atas urusan rasmi, dan memang hari ini sepatutnya semua pemohon layak akan disahkan dalam mesyuarat tersebut. Jadi diharap semua pemohon bersabar sehingga mesyuarat tersebut dapat diadakan dalam sedikit masa lagi”,jelasnya.

Untuk rekod seramai lebih 500 pemohon telah membuat permohonan bantuan wang zakat tersebut mengikut 3 kategori iaitu pelajar yang tidak mendapat tajaan atau pinajaman, pendapatan keluarga kurang RM 1000 dan pemohon yang ibu bapanya telah meninggal dunia.

6 comments:

Anonymous said...

Urusan rasmi ke urusan pergi tengok bola final malaysia lwn indonesia..Siap kamera fokus wajahnya di stadium sambil kibar jalur gemilang lagi

Anonymous said...

nanti cakap orang melayu malaysia bodoh hina keji kejam marah. ada ke patut urusan tengok bola lagi penting dari urusan kebajikan, apa pnya manusia,

Anonymous said...

dh la pgg bndera trebalik...

Anonymous said...

aah...aah...nampak wajah TNC HEPA yang baru... hensem..... layak kah dia jadi TNC HEPA terkinja-kinja mcm dot..dot...pastu malukan negera...kibar bendera malaysia terbalik....malu UPSI....sapalah lantik dia....malang kami student upsi

Anonymous said...

universiti pengurusan paling teruk di malaysia..

Anonymous said...

tak elok kata org