November 24, 2011

Kembalikan kebebasan akademik, beri autonomi kepada mahasiswa

Perjuangan menuntut kebasan akademik lahir hasil dari penindasan terhadap dua entiti berbeza; hak mahasiswa dan akademia, serta pencabulan terhadap kedudukan universiti sebagai pusat perkembangan ilmu. Dari dahulu lagi, seluruh aktivis mahasiswa sentiasa memperjuangkan kebebasan akademik. Kita mempunyai sejarah keunggulan dunia akademik suatu masa dahulu. Namun akhirnya keunggulan ilmu dan idealisma mahasiswa ini termati dengan lahirnya undang-undang drakonian AUKU.

Saya bukanlah seorang pesimis prejudis yang sentiasa menyalahkan semua perkara terhadap AUKU, persis ramai orang yang menyalahkan Barat dan Yahudi terhadap semua kemusnahan dunia. Saya berpegang kepada asas yang benar.

Di UPSI, bersama dengan barisan hadapan pimpinan mahasiswa yang lain, kita cuba sedayanya untuk berpartisipasi dalam gerakan-gerakan yang menuntut kebebasan akademik. Gerakan ini tentu sahaja dipelopori oleh rakan-rakan siswa universiti lain, namun kita juga mempunyai peranan aktif dalam perjuangan ini.

Terbaharu, bersama dengan rakan-rakan dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), kita telah lancarkan sebuah gerakan baru yang digelar BEBAS. Pelancaran ini disaksi dan disokong sendiri oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kebebasan akademik juga adalah hak asasi dalam sebuah komuniti masyarakat.

Mengenai isu perlantikan TNCHEPA yang baru itu, saya sedar, polemik perlantikan beliau telah lama diperkatakan. Pelbagai andaian dan dakwaan yang timbul berkaitan perlantikan beliau itu menjadi buah mulut segenap warga UPSI.

Pada hemat saya, andai benar dakwaan bahawa beliau dilantik atas kapasiti dan pengaruh politik yang dimiliki, maka itu adalah satu bentuk pencabulan terhadap kebebasan akademik. Ia harus dikecam oleh semua pihak, terutama sekali golongan akademia yang percaya dan menghormati kebebasan akademik.

Namun yang demikian, saya tidaklah gemar untuk mengulas isu perlantikan beliau kerana bagi saya, itu adalah isu hiliran. Kita seharusnya memahami bahawa apabila kebebasan akademik tidak dihormati, berlakulah keadaan sebegini. Isu yang lebih besar adalah bagaimana kita mampu untuk kembalikan kebebasan akademik yang telah hilang ditelan undang-undang drakonian ciptaan regim zalim.

Dalam BEBAS, kita ada menuntut agar mahasiswa diberi AUTONOMI dalam menguruskan pelajar sendiri. secara konseptualnya, peranan yang sedang dimainkan oleh JHEPA di masa depan perlu dikembalikan kepada pelajar ("dikembalikan" kerana ia memang milik pelajar suatu masa dulu). Sebuah agenda reformasi yang lebih besar, kita tidak perlukan lagi JHEPA di universiti-universiti. Namun semua ini hanya mampu dijalankan andai AUKU dihapuskan serta merta, bukan hanya klausa 15.

Apabila autonomi pelajar dan universiti dipulangkan, barulah campur tangan politik dalam pengurusan dan doktrinisasi pelajar di universiti dapat dihapuskan secara keseluruhan. Universiti harus bebas, dunia akademik harus bebas dari sebarang unsur politik. Apabila kebebasan akademik dihidupkan kembali, apa yang berlaku baru-baru ini pasti tidak akan lagi berlaku di masa depan.

*Penulis, Adam Adli, merupakan Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) yang juga merupakan mahasiswa jurusan Pendidikan TESL Universiti Pendidikan Sultan Idris.

17 comments:

Anonymous said...

Betapa dunia akademia telah diperbodohkan di universiti yang sarat dengan perbahasan falsafah pendidikan ini.

Falsafah pendidikan di universiti pendidikan telah dibangkul sampahkan oleh ahli akademik yg tak layak.

Untuk menjadi TNC sekurang-kurangya kena ada title Prof Madya. Pencabulan org politik terhadap dunia akademia telah menyaksikan orang yg tak layak berada ditempat TNC.

Masih ramai yg layak , bertitle Prof. yg ada visi yg jelas utk pembangunan mahasiswa telah disingkirkan.

the Dark Ages in our academia. Don't jeopardize our future generation with the stupidity and confusion of academician. silent academician, make all the truth silence,and the brutality and injustice take place..

Anonymous said...

adam, ko ni dahlah langgar auku.taubatlah. pi jumpa TNC Junaidi. minta ampun kat dia. dengar cite TNC Junaidi cadangkan Adam sebagai YDP MPP sesi depan atas tiket aspirasi. Adam sudah bersetuju untuk berjuang atas nama aspirasi. Maklumlah dapat duit. perjuangan apa.

Anonymous said...

Boleh ker? maknanya hep student yg run la yerk? hahaha.. aku dtg nak belajar je.. takde masa nak pikir masalah student lain

Anonymous said...

ouBoleh ker? maknanya hep student yg run la yerk? hahaha.. aku dtg nak belajar je.. takde masa nak pikir masalah student lain

Anonymous said...

Dengar cerita ASPIRASI akan menang besar dibawah pimpinan Adam Adli dan Yuyu Luna.. habis sudah perjuangan. Gempak LMP hanya sekadar gempak kosong... LMP hanya tinggal sejarah, UPSI berjaya melahirkan pejuang yang boleh dibeli.

Anonymous said...

Byk betul yg kita kena pikirkan.. apa salahnya kita habiskan belajar dulu dan lepas tu berpolitik.. yg sikit2 ni la yg selalu buat kecoh kat upsi.. yg adam ni pun satu hal.. aktiviti kat universiti langsung la tak involve.. ada pernah arange event ke utk student2 lain utk pembangunan sahsiah? hahaha.. mesti jawabnya itu tanggungjawab hep.. sebab dia bz berpolitik

Anonymous said...

Artikel yg menarik. Syabas Adam. Dunia akademia telah diperbodohkan atau mahasiswa melayu yg diperbodohkan sedangkan mahasiswa bukan melayu sibuk menggali ilmu utk bekalan masa depan. Kegilaan mahasiswa melayu ingin kebebasan dan ingin kuasa, sedangkan mahasiswa bukan melayu sibuk mengukuhkan tempat mereka dipersada industri dan ekonomi. Begitu gah dikalangan mereka ini mempertikaikan pentadbiran & kerajaan umpama merekalah yg terbaik sedangkan segulung ijazah itu masih belum tentu ditangan. Menyampah pun ada, cakap berdegar-degar akhirnya bila grad dpt posting terus senyap. Ditaburi janji oleh TNC HEP terus hilang perjuangan...Apakah ini satu perjuangan? atau hanya nak mendapatkan kerja untuk diri sendiri... pada yg duk menjulang perjuangan2 mrk ni.. berfikirlah balik dengan waras.. jgn sampai sicerdik jual sibodoh dan sibodoh bangga kena jual atas nama perjuangan. Akhirnya sibodoh jugak yg tak posting... fikirlah sebijaknya.

Anonymous said...

Junaidi sudah beli adam sama yuyu luna...berapa ribu dia kasi ...pergh....adam dan yuyuluna sanggup mengadaikan prinsip dan menjual maruah....cakap berdegar-degar....tapi hampeh.....sial lu adam n yuyu luna

EddieG said...

teruskan Adam! abaikan puak2 Aspirasi ni. kami kat sini tau perjuangan hg. taknak cerita ke macam mana hg hentam Junaidi malam tu? ha ha ha! budak2 Aspirasi kalau ada kat meja tu mesti bengkak jerk.. Adam Adli kutuk HEP depan2..kutuk UMNO sekali!

depa ni dengki je ni...anak2 buah UMNO..nak letak nama pun tak berani........

Anonymous said...

Fitnahle byk-byk.korg minta ampunle dgn adik Adam ni nanti kat akhirat.
kurg2 akak nmpk die dgn kwn2 die yg redah hujan time demo dulu.dorg susah pyh mintak tt sokongan,bwk jumpe TPM.korg kat mane?

Akak sokong adik.teruskan tuntut akademic freedom!diorg ni x fhm ape acadmc freedom. x guna explain.

Anonymous said...

"Boleh ker? maknanya hep student yg run la yerk? hahaha.. aku dtg nak belajar je.. takde masa nak pikir masalah student lain"

>>>stetmen mcm ni ada hati nak kutuk org len? dasar pengampu! bak kata Adam Adli: produk AUKU.ini mesti balaci Afiq Fikri Mislan nie.....xpun pencacai Junaidi. hapuskan HEP! Student Power! jom gi 50B, jumpa Fahmi Reza..kasi basuh otak korg!

Anonymous said...

"Boleh ker? maknanya hep student yg run la yerk? hahaha.. aku dtg nak belajar je.. takde masa nak pikir masalah student lain" <<--- komen bangang... lu mana mari? Byk Univ HEP run by student, pegawai HEP ada berapa kerat jer. Apa yang Adam perkata itu ada benarnya. HEP sekarang bukan jaga hal ehwal pelajar tapi hal ehwal politik.

Anonymous said...

siapa. fahmi reza, dia bekas presiden mpp um ke, tak pernah dgr nama, tetiba buat research pasal sejarah mahasiswa.... berlagak bukan main...yg koraang duk agungkan dia kenapa ke... kenal dia ke...check latarbelakang dia....tah...tah dia nie special branch ...aku minta adam musibat, ko terang siapa si sial fahmi reza

Anonymous said...

adam musibat?? cantiknya bhs anda.. moga Allah ampunkan dosa anda. sudahlah mncerca orang,lempar batu sembunyi tgn. nama sndirik pun tak berani tayang. gi lah minta maaf kat adam. Allah maha adil.

aku smpt knal n berjiran dgn adam sblum tinggalkan khar dlu.aku kenal diri dia. pernah pinjam duit dia utk beli tiket fly,wlwpun lpas tu aku dpt tau dia sndirik korek duit tabung utk duit blanja.

p/s: adam, ko knal aku..nanti aku dh dpt posting aku ganti balik. terima kasih tolong dlu.

Panglima UPSI said...

Adam Adli sampah pengkhianat negara yang sanggup berkesedudukan dengan cina kapir DAPig!

Adam Adli adalah stok Anwar Al-Juburi!

Kereta dia tu ditanggung oleh Anwar Al-Juburi!

Mewah engkau yek Adam! Hulur ***tot tiap2 malam! Macam aku tak tau!

Berkawan dengan budak2 N.Ajis PASesat kononnya nak cuci dosa lah?

Sudahlahhhh!

Anonymous said...

assalamualaikum....maaf la cakap...saya siswa uni lain....juz nk tanye je,apakah tanggung jawab kita sebagai pelajar,anak dan seorang yang beragama islam...???apakah keutamaan kita sebagai pelajar dan anak dan orang islam??...bagi saya,hidup mestilah ada keutamaan...saya tidak berniat untuk menyelar sesiapa, saya sebagai pemerhati dari luar melihat perkara seperti ini jauh lagi dari ape yang sepatutnya dilakukan..sekian~~

usin said...

"Apabila autonomi pelajar dan universiti dipulangkan, barulah campur tangan politik dalam pengurusan dan doktrinisasi pelajar di universiti dapat dihapuskan secara keseluruhan. Universiti harus bebas, dunia akademik harus bebas dari sebarang unsur politik"
==================================
persoalannya ialah bagaimana ianya dapat dilaksanakan. dalam gerakan pembebasan pengaruh politik di universiti, penulis sendiri sebenarnya amat aktif bergandingan dengan ahli politik pembangkang. adakah penulis ikhlas atau cuba menutup pembabitan dalam arus politik kepartian yang sebenarnya bukan rahsia?