Tanjong Malim, 2 Nov - Gabungan 'front' mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyatakan persetujuan untuk memperjuangkan jaminan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) setelah isu 'posting' mereka dibekukan pada tahun ini.
Front yang terdiri daripada Mahasiswa Pendidik, Legasi Mahasiswa Progresif, Pimpinan Bitara dan beberapa front lain telah menyatakan persetujuan bersama untuk memperjuangkan jaminan penempatan ISMP.
Isu 'posting' graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) telah menjadi isu 'buah mulut' mahasiswa ISMP setelah wujudnya Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) yang memperjuangkan isu 'posting' pada bulan lalu.
Sementara itu, isu ini menjadi lebih hangat apabila wujud kenyataan dari Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Buletin Utama 30 November (Ahad) lalu bahawa tiada lagi jaminan penempatan bagi graduan ISMP yang tidak ditaja KPM.
Selain itu,beliau turut menyebut bahawa graduan pendidikan perlu mencari kerja ditempat lain yang sesuai dengan ijazah mereka.
Muhyiddin turut menyifatkan keutamaan penempatan turut diberikan kepada KPLI dan GSTT manakala penempatan graduan ISMP akan dibuat setelah selesai penempatan GSTT dan KPLI.
Menurut Mohd Zahar yang juga wakil Mahasiswa Pendidik, isu penangguhan penempatan pada tahun ini jika tak diselesaikan segera bukan sahaja memberi kesan kepada graduan bahkan turut memberi kesan penangguhan penempatan kepada pelajar yang akan bergraduat tahun hadapan.
Dalam pada itu, sebagai respon pertama front mahasiswa UPSI menganjurkan pidato khas bagi membahaskan isu jaminan penempatan pada 2 November , jam 1.00 tengahari.

3 comments:
mahasiswa sewajarnya mengunakan saluran terbaik mereka 3 minggu lepas apabila KPM dan SPP datang untuk majlis dialog tentang penempatan, kenapa hanya 60 pelajar sahaja hadir sedangkan ada 2000 lebih pelajar tahun akhir sedang berkampung di upsi ketika itu. MPP dan pelbagai front mahasiswa hilang kemana ketika berpeluang menyampaikan hujah dihadapan wakil SPP dan KPM secara sah dan pratikal. Kenapa nak berdemo ketika saluran rasmi terbentang dihadapan mata untuk digunakan.
KENAPA KITA TAK BERSATU SECARA FIZIKAL DAN DEMO UNTUK MENYATAKAN HASRAT KITA KEPADA PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN?
PIHAK UPSI KATA NAK BANTU, TAPI SAYA RASA YANG BANTUAN MEREKA TAK AKAN BERJAYA SELAGI KITA TAK DEMO!
bebudak upsi nih penakut..... tuh jer pointnyer... cakap jer besar...... haprak
Post a Comment