November 16, 2011

Bawa Ezam, Junaidi jadikan UPSI medan politik sempit


Tanjong Malim, 17 Nov - Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar (DDJ) , Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A) didakwa mula menggerakkan UPSI ke medan politik sempit dengan membawa Mohamad Ezam Mohd Nor , ahli politik, juga senator yang penuh kontroversi bagi menyampaikan 'pidato politik' dalam Minggu Suai Kenal pelajar ambilan diploma baru-baru ini.

Menurut sumber, perkara tersebut merupakan salah satu agenda berkala DDJ bagi membawa doktrin politik sempit UMNO dalam menggerakkan agenda 'membersihkan' Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) daripada pengaruh 'pembangkang'.

Mohamad Ezam dilaporkan telah dibawa oleh DDJ bagi menyampaikan satu pidato ala-ala BTN kepada pelajar baru ambilan diploma yang rata-rata masih belum terdedah dengan dunia kemahasiswaan.

Dalam pidato tersebut, Mohamad Ezam dikatakan mengecam tindakan Prof. Dr. Aziz Bari yang kononnya menentang institusi diraja dan turut menyifatkan bahawa negara ini berada dalam keadaan bahaya dengan bermacam-macam ancaman.

Selain itu, Ezam turut menyokong Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) , beliau menyebut bahawa mahasiswa UPSI tidak sepatutnya terpengaruh dengan anasir politik luar dan menyifatkan mahasiswa yang terlibat dengan politik luar sebagai alat dan perkakas mana-mana ahli politik.

Katanya "apa yang susah sangat ada AUKU ni, apakah kita tak boleh berjuang jika ada AUKU ni..mahasiswa UPSI perlu fokus kepada pelajaran"

Dalam masa yang sama, Ezam juga berterusan menyokong dan memuji kepimpinan UMNO dibawah pimpinan Najib Razak kerana katanya jujur dalam memperjuangkan isu rasuah dan jujur dalam memansuh ISA. Ujarnya dalam pidato politik tersebut.

Dalam hal berkaitan, Mohamad Ezam merupakan ahli politik Malaysia bermula dari UMNO dan keluar dari parti pada 1998 dan kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat, namun kembali menyertai UMNO pada Mei 2008.

6 comments:

Anonymous said...

Apabila menara gading jadi tempat seseorang yang yang sebusuk Ezam menyampaikan pidato, itu tandanya era keintelektualan negara semakin menemui jalan buntu. Sesiapa yg peka dengan politik negara pasti dapat merasakan betapa hinanya individu ini tanpa melihat dari kaca mata seorang politikus atau mengambil kira parti apa sekalipun.

Anonymous said...

Ezam = sahabat baik DDJ. kenapa korang kisah sangat. kalau DDJ bawa Anwar pasti korang sanjung

Anonymous said...

ntah..kalo bawak anuar korang diam je ek?2 yang nak pgl ustaz azhar yang ceramah sambil dok kutuk orang 2 boleh plak ek?pikir2kan la oi..apa la....

Anonymous said...

Bagi umat Islam pendirian kita mesti jelas. Menghalalkan apa yang diharamkan ALLAH hukumnya murtad, terbatal aqidahnya! Ini membabitkan soal aqidah, satu soal besar yang akan menentukan nasib kita dihadapan ALLAH nanti!

Sebab itu teman menyokong Mufti Perak, Mufti Pahang dan beberapa orang ulama' lain yang mengambil pendirian yang tegas dan jelas. Mana-mana umat Islam yang menyokong atau bersekongkol dengan Festival Seks Bebas ini hukumnya murtad dan batal aqidahnya!

Anonymous said...

Kecohla..biar la ezam nk dtg pun..politik sempitla konon..ko tu yg sempit...

Anonymous said...

universiti sudah lama tidak berperanan secara universal. tiada lagi wacana kritikal yg mendatangkan pelbagai aliran ideologi dn pmikiran untuk dibincangkan secara segar dan objektif.

Universiti sudah lama menjadi medan suapan dan doktrin pemikiran seperti 'robot' oleh parti pemerintah mustakbirin-penguasa menindas, kepada mahasiswa.

tak hairan jika hanya ahli politik yang menyokong parti pemerintah saja yg dibawa masuk.

tak hairan kualiti mahasiswa merudum

tak hairan ranking universiti tercorot

tak hairan kalau mahasisa UPSI tak ada kualiti,malas berfikir. Sebab mereka sudah diajar untuk hanya menelan apa saja suapan pentadbir UPSI (segenlintir pentadbir yg berperanan sebagai agen parti politik dikampus)untuk kepentingan parti pemerintah.

Ini masalah sebenar kita. Ahli akademik yg bebal menajdi pentadbir walau pun bertaraf Phd. Ahli akademik yg hanya ada maklumat tapi tak berilmu. Maklumat yg dia tidak memberi makna apa-apa melainkan makin mengelirukan manusia.

Ahli akademik yg keliru dgn ilmu mereka ini akan berterusan melahirkan kedunguan dalam masyarakat.