July 25, 2011

Tim. Dekan FSK: Program Pengajian Malaysia diiktiraf

Tanjong Malim, 25 Julai - Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Dr Suhaili Yusri b. Che Ngah menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya baru-baru ini telah memutuskan bahawa program Ijazah Pengajian Malaysia dengan Pendidikan telah diiktiraf oleh JPA secara rasmi.

Dalam hal berkaitan, untuk maklumat, program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang Pengajian Malaysia yang mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran Pengajian Am yang ditawarkan di sekolah.

13 comments:

aniuna said...

walau pun sudah diiktiraf, tapi sejauh mana jaminan untuk graduan Pengajian Malaysia mengajar subjek Pengajian Am di sekolah, hanya Tuhan yang tahu... huhuhuh

Anonymous said...

maaf bertanya... adakah kami akan posting pada masa akan dtg setelah mendapat pengiktirafan ini memandangkan kami dalam kategori open market

Anonymous said...

Minta YB NC tolong ambil berat tentang permasalahan ini..tolong jawab..jangan lepas tangan...kami mahu jadi pendidik bukan mende lain...sekian.

azim said...

bukankah guru Pra-U harus mengajar 5 tahun tingkatan 6 baru boleh mengajar dengan gred gaji DG44 sekurang2nya, tambahan pula Pengajian Am adalah subjek yang paling penting sepanjang tingkatan 6.. bolehkan graduan mentah ini bertanggungjawab kegagalan pelajar kelak kerana belajar dengan mereka.. Tambahan pula guru muda-mudi ini mudah dipijak kepala.

Persoalannya mengapa masih berharap mengajar Pra-U, bukankah banyak kolej swasta, politeknik, kolej komuniti, IPTS, IPTA pusat latihan teknikal yang memerlukan pensyarah 'Pengajian Malaysia' untuk mengajar kursus itu di kolej mereka.Pengajian Malaysia adalah kursus prasyarat MQA. Kenapa pelajar UPSI tidak nampak peluang seperti ini dan masih berharap mengajar bawah KPM? Pasal cuti dgn benefit Ka?

Anonymous said...

open market maknanya tiada jaminan posting. terpulang kepada sesiapa juga nak ambil atau tidak kepada open market. mara, swasta, kpm, semua tidak ada paksaan atau kewajipan untuk mengambil pelajar open market. di pendekkan cerita open market adalah ijazah biasa seperti ijazah lain di universiti awam. cuma kalau pada ijazah anda terdapat perkataan dengan pendidikan, maknanya anda mempunyai minor pendidikan yang membolehkan anda memohon menjadi pendidik. di ulang sekali lagi, boleh memohon menjadi pendidik.. tetapi bukan "wajib posting"... so harap jgn salah faham yah en anonymous...

Anonymous said...

saudara azim..jgn la pertikaikan kami yg muda ni tk mampu utk mgajar ting 6..yg kami ajar tu pelajar yg umurnya 18&19 thn..tk jauh beza dr kami..so, kami ade cara utk tarik pelajar utk blajar..kami tk gunakn cara lama..tapi kami ade pndekatan baru yg mbuatkan pelajar lbh dekat dn hormat ngn kami..rasenye istilah pijak kepala tu tk sesuai la kamu gunakn sbb bkn kamu yg mngajar ting6..jika kamu pernah mgajar, barulah kamu boleh komen yg mcm tu..sbb rata2nya pljar Prau(ting.6) ni sudah pndai berfikir dan pndai jga tingkh laku mereka..sbb mereka plg tua dr pelajar2 sk.men yg len..hrp mklum ye..pasal gred gaji tu kami tknk komen..skiranya kami bermula dgn dg41 pn tk mgapa..kami bkn kejar gred sgt pn..yg pnting kami tau siapa dan kebolehan kami..

Anonymous said...

Bro Azim...sila fikir "out of box" ok...pelajar-pelajar form 6 lebih matang dan pandai hormat guru (berdasarkan pengalaman kami berpraktikum)berbanding pelajar2 menengah rendah@atas...Kami ada pendekatan tersendiri untuk mengajar form 6..tapi x kisah pun kl posting x ajar form 6..suka2 ati je Bro Azim ni ckp mereka pijak kepala..FYI, Dasar kerajaan boleh berubah-ubah pada bila2 masa...Unjuran telah ditetapkan oleh KPM...pandai-pandai je buat statement Bro Azim ni...(peace)

Anonymous said...

Azim..ko ni lawak laa...

Anonymous said...

saudara azim... ckap hentam saje.. kami yg sdg praktikum dan mengajar ting 6 tahu la perangai diorg camane.. bknnye bdk2 kecik.. umo dh 18 & 19 thun dh.. msing2 blh pikir.. utk pengetahuan saudara azim.. KPM sendri yg meminta UPSI membuka kos Pengajian Malaysia.. so pikir2 kan la.. ke anda jeles?? hahaha

Anonymous said...

Ntah...Azim...KPM yang tetapkan unjuran ok..Bro Azim ni sape?glamer ke?=)

Anonymous said...

kalau ada rezeki x ke mana, yg penting dh dpat segulung ijazah... sama2 student UPSI kan, pk2 la semuaa.. kpd saudara azim... saya doakan kamu berjaya dunia akhirat, peace , bitara..

Anonymous said...

bg saya, sape2 yang mengajar pengajian am tingkatan 6 sama sahaja walaupun dia masih muda ataupun dah tua.. yang penting ada kebolehan untuk mengajar subjek tersebut..
saya ambil contoh guru di sebuah sekolah tgkatan enam di daerah saya.. pelajarnya di sekolah tersebut mengatakan gurunya tidak pandai pun mengajar subjek pengajian am terutama kertas 2.. ramai pelajar di sekolah tersebut terpaksa repeat balik sijil stpm.. kesian kan dengar kan, walhal guru tersebut dah lama mengajar tg5 tetapi dinaikkan pangkat untuk mengajar tg6..jadi di sini ,penting pengetahuan am.. walaupun dah lama mengajar, tapi law pengetahuan am rendah , xboleh jugak mengajar..

Anonymous said...

bg saya, sape2 yang mengajar pengajian am tingkatan 6 sama sahaja walaupun dia masih muda ataupun dah tua.. yang penting ada kebolehan untuk mengajar subjek tersebut..
saya ambil contoh guru di sebuah sekolah tgkatan enam di daerah saya.. pelajarnya di sekolah tersebut mengatakan gurunya tidak pandai pun mengajar subjek pengajian am terutama kertas 2.. ramai pelajar di sekolah tersebut terpaksa repeat balik sijil stpm.. kesian kan dengar kan, walhal guru tersebut dah lama mengajar tg5 tetapi dinaikkan pangkat untuk mengajar tg6..jadi di sini ,penting pengetahuan am.. walaupun dah lama mengajar, tapi pengetahuan am jika rendah atau guru tersebut kurang membaca hal selain topik pelajaran serta hanya pakar mengajar subjek tertentu , xboleh jugak mengajar kerana pengajian am bidangnya meluas..