Tanjong Malim, 10 Julai - Seorang graduan lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang baru berkonvokesyen hujung Julai baru-baru ini menyatakan rasa kekecewaan berhubung status graduan Upsi yang dikatakan tidak lagi dijanjikan jawatan sebagai guru.
Luahan itu dinyatakan individu tersebut dalam satu ruangan forum akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk 'Malang Nasib Graduan Upsi' (klik). Katanya "UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka."
Selain itu, katanya lagi "Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya."
"Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka."
Tambahnya lagi,"UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru"
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan mahasiswa Upsi katanya"kepada semua pelajar UPSI amnya dan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda."
Dalam hal berkaitan, surat yang disiarkan dalam forum akhbar Utusan Malaysia tersebut tidak mempunyai nama sebenar penulis sebaliknya menggunakan nama samaran 'Graduan Kecewa'.
Luahan itu dinyatakan individu tersebut dalam satu ruangan forum akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk 'Malang Nasib Graduan Upsi' (klik). Katanya "UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka."
Selain itu, katanya lagi "Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya."
"Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka."
Tambahnya lagi,"UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru"
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan mahasiswa Upsi katanya"kepada semua pelajar UPSI amnya dan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda."
Dalam hal berkaitan, surat yang disiarkan dalam forum akhbar Utusan Malaysia tersebut tidak mempunyai nama sebenar penulis sebaliknya menggunakan nama samaran 'Graduan Kecewa'.
43 comments:
Kami yang masih dalam praktikum ni kecewa sangat bila baca surat khabar arus perdana pagi tadi...Rasa dah xde semangat nak ngajar walaupun setiap hari dalam "mind set" kami akan menjadi pendidik dan sentiasa bersemangat untuk mengajar..Harap pihak atasan UPSI mengambil tanggungjawab ini terutama YB NC.Sekian.
UPSI Pelajar Manja?
terimalah apa saya katakan ini dan renungkan
Bila masa pula KPM janjikan graduan pendidikan dengan posting. Lihat graduan senibina, kejuruteraan, law, bahasa dan perakaunan.. ada sibuk pasal posting di Kementerian Kerja Raya, Mahkamah negara, DBP atau GLC?? jangan pandai buat andaian dan salahkan orang lain.. perbaiki diri dahulu baru pandai menunding jari..
time belajar main-main. bila dah/nak grad, pointer kurang, mula la salahkan pihak lain..shame on you
saya nak jadi cikgu... hahahahaha.. mengarut.nak bagitahu nih.. guru gstt lagi bagus la dari graduan upsi wei... korang xpayah nak bangga belaja pendidikan 4tahun ek... korang belajar jer 4tahun. gstt pengalaman lebih wei... pastu salahkan sana sini.... boleh blah
amboi..sedap sungguh mengata kn..kamu tu gstt..guru sandaran tak terlatih..nk blagak2 pulak..nk tau tak??org cm kamu la kdg2 tutup peluang kami untuk posting..stakat pglaman tp kemahiran tkde pn tk gune..lgpn bukan kami tk praktikum pn..kami pn rase ape yg guru2 sbenar buat..malah lbh dr guru2 sebenar..len kali bahasa tu cntik la sikit ye..
Anonymous 2 ni lawak btul la...nak banding ngan student2 U lain plak...UPSI bkn ke nama "Pendidikan" yang diperjuangkan...nak banding ngan graduan2 tu bt ape..hahaha...dah mmg kami dilatih untuk menjadi pendidik, bukan dilatih nak jadi lawyer ke, engineer ke..( pk la dulu sebelum taip)...-pointer kami 4.0 =)
Hai Guru GSTT...dengar citer kene buli ngan Pentadbir Sekolah ye...(kl x ikut nnt xleh nak sah jawatankan)...hikhik
kesian-kesian yang duk mengata gstt itu ini... nanti masuk sekolah taw la korang yer.. sapa yang kene buli. Tuh la aku nak jadi cikgu. wakakakakaka... nih satu lagi nak bagitahu... korang dilatih jadi cikgu BUKAN UNTUK MASUK SEKOLAH KERAJAAN SAHAJA!. INGAT TUH. kalau setakat 2bulan praktikal apa barang.. hehe... gstt 4 tahun pun ada. rialitinya budak upsi kerja pun xleh buat... memang la pointer 4.00 lebih2 labih budak kh korang tuh... maklumlah senang belajar... aku lah nak jadi cikgu... hahahahaha. untuk pengatahuan bebudak hingusan tahun nih jer mahu diserap secara meluas bagus sangat la... gstt banyak wat kerja sebab ramai cikgu baru terutama dari upsi xleh wat kerja la... sokong sangat kerajaan masukkan gstt nih... budak upsi main jauh2. heheheh.
betul apa yang kedua komen tuh.. realiti sebenar di sekolah. pelajar upsi memang bermasalah. sombong nak mampus... tabik la gstt nih. dpli pon boleh wat kerja. budak upsi terima la hakikat korang nih giler nak masuk kerja kerajaan wei... sedangkan pendidikan kat maner2 pon boleh kan... patut la otak jadi senak... untuk pengatahuan korang budak upsi la paling berlagak time intervew taw....pengalaman gstt lebih wei... dah pengalaman sekali dengan kemahiran la. kata belajar u. opss u apa tuh... ayat biasa dari bebudak upsi. kitaorang belajar 4tahun pendidikan.. hahahahaha.. woi korang belajar tak sama dengan rialiti kat sekolah la. sebab tuh cakap gstt lagi bagus k... dpli , kpli pun sekali... pengalaman mengatasi segala-galanya!
GSTT yang hipokrit, depan pentadbir pijak semut x mati..belakang...Kami praktikal 4 bulan ok..bukan 2 bulan...lg 1 nak eja REALITI pun dah terang2 salah (macam mana nak ajar anak2 murid macam ni)...kelakar btul..pastu banyak geng2 yang dikatakan "berpengalaman" ni salah masuk kelas dan banyak songeh dan kurang bersosial dgn guru2 yang lebih senior spt gotong royong utk majlis berbuka puasa misalnya..(rase dah hebat sangat kot)...korang geng GSTT gi main jauh2...hahaha...cube banding Bidan Kampung dengan Jururawat, sape yg lebih layak utk keje di hospital...REALITInya yang ade kelulusan tertentu yang layak...bukan Bidan Kampung ok..GSTT~bukan semua diserap sebab itu semua taktik pilihan raya...keh keh keh...
Hai GSTT meroyan....boleh berkenalan x?ni mst juak2 UMNO nih...
semua dah mcm budak-budak. masing2 bagus? Buktikan, galas amanah menjadi pendidik. Bukan nak tunjuk siapa hebat. Hebat mana pun kau orang tak kira GSTT, KPLI atau ISMP, dah mati masuk kubur jugak la woi. KAHKAHKAH.
Riak sungguh GSTT meroyan nih...
GSTT:Ko x layak nak samakan kami dengan DPLI/KPLI...Kami ade kelulusan untuk mendidik...ko ade?
ala 4bulan jer ek tuh pun berapa jam kredit jer.. pastu asyik lukis mural jer. kihkih.. eh bidan kampung lain ler bodoh.... hehe sebab tuh xda bidan tak terlatih k...mcm gak inginer.... xda istilah inginer tak terlatih sebab perlukan kemahiran yang lain... dulu nak jadi enginer perlu lalui zaman sekolah.sebab tuh setiap org leh jadi guru tak terlatih... paham tak nih...eja salah pun bising yg dia guna singkatan ok lak. hahahaha... gstt baru yg ko ckp mmg la camtu k. budak yg paling teruk dlm banyak2 budak upsi ler... kitaorang belajar 4 tahun pendidikan.. huahuahuahua...xkan korang xtahu ramai bebudak upsi gagal spp nih.. pengalaman mengatasi segala-galanya.... ops satu lagi kalau kami xda pengiktirafan mengajar naper KERAJAAN AMBIK KAMI UNTUK MENGAJAR SEJAK SEKIAN LAMA? DAN DAH TERBUKTI RAMAI PELAJAR, GSTT DAPAT LAHIRKAN DENGAN CEMERLANG! korang perlu ingat profesian seperti doktor, enginer ada tauliah sendiri yang diperakui. GURU KO PERNAH DENGAR KE ADA PASAL TUH! apapun pengalaman mengatasi segala-galanya.kalau dalam dgree ada tulis pendidikan jer xukup la kawan.. main jauh2 budak giler nak masuk gov
entah budak upsi nih.. cam lulusan doktor, peguam semua tuh ,ada yang berkhidmat di swasta..... kat kerajaan pun ada... memang dah sah budak upsi giler nak masuk kijer kerajaan......satu lagi pasal bidan tuh semua... diaorang ambik pengkhususan dalam terma kemasukan memang akan kerja dengan kerajaan!nak isi borang ada dia ckp akan kerja dengan kerajaan. bebudak hingusan upsi ada ditawarkan gtu ker untuk jadi cikgu?pastu duk bising belajar 4 tahun.. kihkih
saya sokong dak gstt masuk... xyah la budak baru nih.. nak tulis buku rekod pun xtahu
bebudak upsi memang teruk...terima la hakikat korang xmampu bersaing dengan bebudak u lain. kes bidan kampung tuh... aku sokong la hak posting bukan hak istimewa bebudak upsi.. apasal mau masuk kerajaan ek... sekolah swasta pun kan ada.. apa melolong jer.. yg keciwanya tgk budak upsi nih mampu duk umah jer nak tunggu interwv yg entah bila akan tiba... upsi kelakar.
memula gaduh dengan dak dpli dgn kpli... pastu gaduh dengan gstt plak.. memang dasar giler nak masuk kijer kerajaan.
nak tanya time nak masuk u dulu ada dia cakap pas abis belajar terus jadi cikgu ker?
bidan kampung dengan jururawat silibus belajar lain2... kalau cikgu, semua sekolah silibus sama ma..... budak upsi mmg problem.
sedapnye mengata bdk upsi tak reti nak tulis buku rekod??nk tgk buku rekod aku ker?ckp jgn ikut sedap mulut ye gstt..jgn perasan bagus sbb sume pn ade kelemahan..jgn anggap diri tu perfect sgt smpai boleh mendabik dada kat cni yer..
tak kira laa GSTT ke..UPSI ke..sume wat keje yg halal kan..?..huuu..chill laa sume..sume bergantung pada rezeki masing2..kan ALLAH uh bagi perancangan terbek utk hambanye..xyah laa gaduh2..wat malu jela..6pk dah kekurangan dari GSTT..dan graduan UPSI..huu..chill laa babe.. :)
budak upsi kebanykkanya tak matang dalam berfikir.
astagafirullah..
bercakap guna akal..
bukan guna hati..
tiap insan ada kelebihan dan kekurangan..umpama padi makin berisi makin tunduk..
org beriman makin bertakwa makin tawaduk..
buat apa nak gaduh??
kata2 mengambarkan keperibadian diri masing2..
Anda semua adalah guru/bakal guru beginikah sikap seorang guru?? disekolah mengajar anak didiknya supaya berkata sopan..
menghormati orang lain,
menerap nilai murni dalam kehidupan??
tapi anda sendiri tidak mempraktikkanya,
mempunyai akal yang sempit..
hati yang dengki..
malah tak nak bersatu hati sesama guru sendiri..
macamanalah dunia pendidikan ni nak maju..
perbaiki diri sendiri dulu..
tak ada yang sempurna melainkan qjjl..
tak ada yang maksum melainkan rasullullah..
daripada sibuk memikirkan tentang kualiti orang lain,
cuba tanya diri..
berkualiti sangat ke diri tu??
Dah sempurna sangat ke??
benar, kita banyak belajar dari pengalaman..
pengalaman tu penting..
umpama eksperimen sains..
kita semakin mudah faham melalui kaedah eksperimen berbanding belajar teori..
namun...
teori juga penting bukan??
tanpa pengetahuan teori, macamana kita nak jalankan eksperimen tu..melakukan eksperimen tanpa pengetahuan teori,umpama kita tak tahu apa yg dikaji, mengakaji apa yang tak pasti....
begitu jugalah dengan mereka yg belajar pendidikan..
pengetahuan am tentang pendidikan, menjadikan mereka lebih bersedia tuk mempraktikkannya,
malah dengan pengetahuan mereka semakin kreatif ketika hendak melaksanakannya..
sedangkn guru yg berpengalaman pun, untuk diserap perlu diberi latihan beberapa bulan sebelum disahkan jawatan..
kenapa harus mengata mereka yg belajar pendidikan??
sedangkan anda semua juga turut belajar mengenai pendidikan..Semua orang akan belajar..
cuma berbeza guru berpengalaman belajar setelah mereka melaluinya, sedangkan mereka yang belajar pendidikan akan mengharunginya setelah tamat pengajian..
konteks yg sama, cara yg berbeza..
untuk renungan
"Tiap-tiap kali Allah menambah ilmuku maka bertambahlah aku faham akan kejahilanku"
(Imam shafie)
jadilah orang yang berilmu, mengunakan dan mengamalkan ilmunya wahai warga pendidik sekalian..
taraf Malaikat- tidak bernafsu
taraf manusia- di kurniakan akal
taraf binatang-mengikut hawa nafsu..
kita bukan malaikat yang bebas dari hawa nafsu..tapi jangan rendahkan diri anda ke taraf binatang yang mengikut hawa nafsu..
jagalah perkataan, berkatalah dengan akal,bukan dengan hati..semoga terus dalam kebaikan..
waallahu'alam
tanpa pengalaman xakan ada teori!
pengalaman n teori sama2 penting.. cuma gunakan akal sblm bbicara dan ingt bhw kt bukan smpurna..jgn mengata ssama manusia sbb hnya manusia shj dpt mmaafkan dosa manusia yg lain..sy sngt bsetuju, bila di sekolah sibuk mengajar pelajar ttg adab sopan, manis mulut, hormat menghormati dan sibuk bercakap ttg kebaikan tp kita sbg guru tak mmpu untuk melaksanakan apa yg diperkatakan.. bergaduh hnya kerana pengalaman dan teori yg kita sendiri masih mencari dan masih perlu dipelajari..jangan lupa bahawa tidak akan kita bau syurga andai ada sikap sombong walaupun sebesar zarah dlm hati kita...soal rezeki jgn ssekali dpertikaikan dan jgn tlalu memandang serong dengan kemmpuan org lain...hnya kerana ingin mengejar gelaran seorang pendidik kita lupa untuk mendidik diri sendiri..kesian sngat, seorang guru tidak mampu untuk menjadi guru untuk dirinya sendiri...bagaimana kita mampu untuk menjadi guru kepada orang lain...siapa pun anda, pelajar upsi, gstt, dpli or kpli skali pun anda berhak ada di setting pendidikan jika di rohmafuz ttlis anda di sana namun andai tiada angplah ada tmpt yg lain yang menanti anda...insyaAllah perancangan yg Allah aturkan kepada kita adalah yg tbaik..doakan semoga kita semua menjadi pendidik yang baik walau bukan untuk org lain, untuk diri sendiri sudah cukup...jgn terlalu ego kerana sebesar zahrah pown kt bukan ssiapa di dunia ini kecuali hamba yg benar2 lemah....
pernah belajar kat upsi dulu..tp berenti amek diploma jer di ipta sbb tak time tu tak minat jadi cikgu ni.lgpun kursus lelong utk lepasan matrik. B.Ed Science..thn 2001 masa tu..rasa rugi gak..kalo dulu senang gak graduan upsi ni dpt kerja..ex batch aku dulu semua dpt posting dah..kerja gaji ribu2 dah gred 41..tgk aku skrg ni masih kuli..nak sambung belajar pon dah tak der masa dah..tp sekarang masuk upsi dah tak der jaminan dah utk dpt kerja kerajaan..tp betol gak masa time aku dulu..kawan kat kampung aku ni tak der la bijak sangat pon dr segi profile..dia amek B.Ed Bahasa melayu tak pun kesusasteraan melayu..tp skrg pass pon dah jadi cikgu..leh gak die masuk upsi
bkn kpli, gstt atau degree upsi yg mbezakan kita..tp akal fikiran dan hati masing2..kalo cakap pun dah berlagak riak, kejap je Allah boleh tarik balk nikmat yg korg dpt..jd sape pn korang, ingat pencipta la wei~~br jd cikgu dh lupa pencipta, tu la xdpt jadi doktor, jd cikgu jek!
kepada gsst...
pelosok mana pun anda pergi..tahap pendidikan juga tetap di ambil kira...setakat jadi guru gsst level spm nak jadi cikgu kemudian cakap pengalaman "berpuluh tahun"....tak bawak apa2 makna pun....sekarang nak naik gaji pun mesti belajar tahap pendidikan lebih tinggi...sape cakap pelajar upsi tak tahu isi buku rekod? sape cakap pelajar upsi sombong?? sape cakap pelajar upsi bodoh??? sejak dari kecil impian sy ingin menjadi guru, ingin menjadi guru yg ikhlas mengajar anak murid sy...setiap saat sy praktikum merupakan saat indah sy bersama anak murid sy..jgn nilai seorang pelajar upsi yg teruk dengan semua pelajar upsi lain...tak semua sama...kita mengajar bukan kerana gaji tapi mengajar demi keredhaan Allah swt...jgn nilai org terlalau cepat wahai mereka yg memperlekehkan kami pelajar upsi...semoga ALLAH merahmatimu....
kepada gsst...
pelosok mana pun anda pergi..tahap pendidikan juga tetap di ambil kira...setakat jadi guru gsst level spm nak jadi cikgu kemudian cakap pengalaman "berpuluh tahun"....tak bawak apa2 makna pun....sekarang nak naik gaji pun mesti belajar tahap pendidikan lebih tinggi...sape cakap pelajar upsi tak tahu isi buku rekod? sape cakap pelajar upsi sombong?? sape cakap pelajar upsi bodoh??? sejak dari kecil impian sy ingin menjadi guru, ingin menjadi guru yg ikhlas mengajar anak murid sy...setiap saat sy praktikum merupakan saat indah sy bersama anak murid sy..jgn nilai seorang pelajar upsi yg teruk dengan semua pelajar upsi lain...tak semua sama...kita mengajar bukan kerana gaji tapi mengajar demi keredhaan Allah swt...jgn nilai org terlalau cepat wahai mereka yg memperlekehkan kami pelajar upsi...semoga ALLAH merahmatimu....
pas terkene semua ingat Allah.... biasa ler budak upsi mmg gtu. cuba tgk kat post lain gtu ler.... memula sedap nih duk mengata. dah kene batang idung sendiri baru ler ingat maha pencipta.....
Alhamdulillah nmpak lah yg bdk upsi selalu ingat dekat maha pencipta..tak kita lah nak kena batang hidung ke, batang penyapu ke ni blog upsi kini..yg hang duk sebuk kt sni naper kalo bkn bdk upsi...pastu nak komen lebh2... pikir dlu kawan sebelum mengata kt tmpt org nie...
budak u lain sntiasa ingat Allah.. bukan baru lepas terkene baru nak ingat biol
menyampah dengan gstt yang asyik buat kenyataan"kami berpengalaman"..sedar la diri anda tu guru sandaran jer la wehh..jgn tunjuk bagus sangat.. kesian aku dengan korang..hadap sgt nak masuk keja gomen..pastu hantar memo kat tpm suruh serap..cittt
korang ada pengalaman ker?
sekurang-kurangnyer kami diserap..... korang posting pon xlagi... huhuhu
Kalau dah sesama cikgu bergaduh macam budak2 mengata satu sama lain, menyebut hebat diri masing2, mencaci kekurangan sesama sendiri...macam ni ke nak jadi guru?? Kebiadapan beginikah yang nak ditiru oleh pelajar? Sy bkn student UPSI, sy guru yg mengikuti perkembangan guru serata Malaysia...dan sy kesal dgn sikap sebegini.....
setakat jadi anonymous apa barang..xde telur ke?
Lambakan graduan berstatus pendidikan.
Erk! Adakah ini semua bakal guru? Huhu. Bg sy lah kan tak perlu kot nak gaduh sama sendiri sbb kita semua warga pendidik. Bg yg ckp student upsi x ada experience and so on cuba explain dgn detail experience sudut mana. So blh la student2 upsi yg terbaca komen tu enhance their skills as mentioned. Student upsi pulak jgn lah asyik nak meradang. At least try utk mantapkan soft skills sblm msuk mengajar dkt skolah. Just my two cents. Saya jugak student upsi. Rezeki ada di mana2. X perlu kita bertegang urat yg penting usaha utk jd yg terbaik. Peace.
saya bakal mnjd mhasiswi di upsi yg bru lpsn matrik dn insyaallh akn msk awal sept. apa yg sy dh bce sume komen2, sy agk trkejut n sentap pabila bkl or ckgu2 ckp sdkmian . sy rse down skjp . x sangka upsi gstt bgdoh . dn guru plk tu . hurmm sy amt kesal . tp.sy hrp sy hrp sy dpt blja dn take moral values from here . scary bce komen2 bkl ckgu .
saya bakal mnjd mhasiswi di upsi yg bru lpsn matrik dn insyaallh akn msk awal sept. apa yg sy dh bce sume komen2, sy agk trkejut n sentap pabila bkl or ckgu2 ckp sdkmian . sy rse down skjp . x sangka upsi gstt bgdoh . dn guru plk tu . hurmm sy amt kesal . tp.sy hrp sy hrp sy dpt blja dn take moral values from here . scary bce komen2 bkl ckgu .
Post a Comment