August 18, 2011

Gambar konvo tak berkualiti, graduan merungut

Tanjong Malim, 18 Ogos - Gambar Konvokesyen ke-13 yang diadakan pada hujung Julai baru-baru ini dikatakan tidak mempunyai kualiti dan mendapat rungutan graduan.

Sejak beberapa hari lalu Upsikini menerima beberapa aduan berhubung kualiti gambar yang diterima, tidak setimpal dengan bayaran, antaranya menurut Eman Rashid katanya "sila dapatkan jurugambar konvokesyen yang lebih berkemahiran. pentingkan kualiti bukan pentingkan kronism"

Menurut Ahmad Wafi " gambar yang kami terima tak di 'shot' dengan baik oleh jurugambar hinggakan wajah kami nampak tak kemas, tolonglah upah yang profesional dan kemas sikit".

Dalam pada itu, ada yang meminta agar pihak yang terbabit mendapatkan khidmat jurugambar yang berkualiti semasa konvokesyen agar semua pihak berpuas hati.

10 comments:

mohd fitri saleh (fb) said...

bukan setakat kualiti, masalah servis lg xmemuaskan.. sudah la terpaksa tgu hampir sejam utk buat pembayaran, kes potong giliran kerana mengutamakan yg dah bayar sebelum ni dan meninggalkan kaunter atas alasan mencari slip yg lg satu. sejam tgu kat kaunter tersebut, bila sampai giliran, disuruh beralih ke kaunter lain pula... memang'profesional' dan'sistematik' sungguh. dan lebih mendukacitakan, sehingga sekarang, gambar tersebut masih belum diterima melalui pos. seperti dijanjikan ketika dihubungi semalam, akan sampai minggu ni, means hari ni da jumaat, jadi hari ni hari terakhir dlm minggu ni. just wait n see.

akram izamy said...

saya sokong eman rahid tu..gambar kurang kualiti..lighting flash cam lebih..baju nampak putih je..padahal pakai baju belang2...

haa lagi satu yang menarik..masa oder gambar dah pilih nak pakej yang mana..tapi masa nak pi amik, pihak tu ada print gambar yang kita tak pilih (tak de dalam pakej)...pastu suh tambah duit..licik tol amik duit budak nak konvo...hishhh....

Anonymous said...

salah diri sendiri jg.dh tahu mahal knp nk amik gmbar kt situ.rmai lg y twarkn pkhidmatan gambar kt luar kampus..cthnya dkt khar n pekan.gmbar berkualiti wlupn murah..

orlf said...

yup ada kwn y merungut.hahahaa

orlf said...

ada kwn y merungut.haha

Anonymous said...

"salah diri sendiri jg.dh tahu mahal knp nk amik gmbar kt situ.rmai lg y twarkn pkhidmatan gambar kt luar kampus..cthnya dkt khar n pekan.gmbar berkualiti wlupn murah.. "

perkhidmatan gambar dekat khar dan pekan ada ke jurugambar mereka yang ambil dalam dewan?

macam tak je.....

Anonymous said...

sokong,dh la amek gmbr mase pejam mate,mmg xpuas ht...mslh nye yg 2 jew ad,dh xde plihan..kn die jew leh amek gmbr lam dewan,klu ad byk plihan mmg kompem dpt plih...

ewanfall said...

Kalau tak puas hati..buat aduan terus ke pihak upsi.buat aduan kat BHKA( PRO UPSI) supaya perkara ini dapat dibangkitkan semasa post mortem..

Anonymous said...

The photo that he captured was not really has the quality..the lighting flash so fast,and the position of eyes and body also not sharp and fit..what do we can do guys..we had paid it right..Anyways,thanks be to Allah we already done for it..

ex-Upsi student

Anonymous said...

Saya telah membuat tempahan tekstur utk gambar di dalam dewan. malangnaya bila gambar tersebut sampai ke rumah, tekstur tidak disertakan. Saya hubungi pihak studio dan mereka arahkan saya hantar gambar itu semula menggunakan poslaju bersama 'board' yang mereka bagi. Hari ini, saya terima panggilan telefon daripada pihak PosLaju untuk menuntut bungkusan yang dikatakan pecah. Saya amat tidak berpuas hati apabila saya dapati gambar yang dihantar kepada saya semula berlipat.