Tanjong Malim, 25 Ogos - Pelajar semester 8 yang bakal kembali ke kampus awal September nanti dikatakan merungut berikutan harga rumah sewa tidak berpatutan dan lebih mahal berbanding harga bayaran kolej kediaman Upsi.
Dalam satu surat yang dihantar kepada Upsikini, pelajar tersebut mendakwa sewa rumah disekitar Tanjong Malim agak mahal jika diduduki oleh seorang dua pelajar dan kami tak mampu bayar. PTPTN pun hanya beberapa ringgit saja lebihan.
Selain itu, beliau turut menyatakan kebimbangan berhubung keselamatan dan pengangkutan kerana pelajar wanita lebih mudah terdedah kepada bahaya.
Dalam hal berkaitan, beliau turut meminta pihak yang terbabit memberi cadangan dan menyediakan senarai rujukan berhubung rumah sewa yang berpatutan dan selamat diduduki disekitar kampus.
Dalam satu surat yang dihantar kepada Upsikini, pelajar tersebut mendakwa sewa rumah disekitar Tanjong Malim agak mahal jika diduduki oleh seorang dua pelajar dan kami tak mampu bayar. PTPTN pun hanya beberapa ringgit saja lebihan.
Selain itu, beliau turut menyatakan kebimbangan berhubung keselamatan dan pengangkutan kerana pelajar wanita lebih mudah terdedah kepada bahaya.
Dalam hal berkaitan, beliau turut meminta pihak yang terbabit memberi cadangan dan menyediakan senarai rujukan berhubung rumah sewa yang berpatutan dan selamat diduduki disekitar kampus.
13 comments:
duk la kat malim prima... sana banyak umah kosong dan murah... takkan pasal umah mahal jadi masalah... cam budak kecik! cuba tgk bebudak u lain. diaorang camner hidup.. tambah2 kat kota raya weiiii... alahai lemah gemalainyer budak upsi... kihkih
korang ni bodoh... yang belagak nk duduk 2 org kenapa... ingt dah keja ker? blajar lg kan... eee...
sepatutnya pihak pelajar memberi respon semalam pihak kolej membuka tawaran penginapan kepada pelajar2 sem 8 pada bulan jun dan julai yang lalu...
saya baru jer tolong carikan umah untuk kawan sy.. 1 kepala untuk 1 semester di taman bernam taukeh umah mintak rm 800... agak la mahalnya... tp nak wat mcm na.. permintaan mengatasi penawaran.. maka harga makin naik la...
saya setuju.. saya pun dah pindah ke malim prima rumah flet, 2 bilik.. duduk 6 org.. ok la.. setakat nak simpan brg.. bukn nak menetap terus.. sewa baru 250, da yg dapat dengan harga 230 jer.. rasanya kalau ramai pelajar pindah ke flet tu.. mmg akan ada perkhidmatan bas,... macam budak2 dpli.. yang jadi mahal tu sebab fully furnish.. apa la salah nya sewa rumah ksong.. bawak la toto dr rumah.. meja belajar yg murah2 pun ada jual... dengan harga 100 inggit semua peralatan lengkap boleh dimiliki..
itu arr.. kalau ambik rumah kosong takde la mahal sgt.. tapi mungkin sebab budak upsi ni dah terbiasa duduk tempat yang serba lengkap kot.. rumah kat kg level2 kelas kan.. takat umah2 kg ni mana la nak duduk..
bila agaknya asrama baru tu nak siap? agaknya lepas ni semua pelajar akan dapat penginapan lepas ni
nasib baik aku dah abis..hahaha
xperlu la nk ckp pelajar tu mcm bdk kecik,lemah gemalai,bodoh ... mungkin dia xsng dan beruntung mcm kamu, sy sendiri duduk UKLK dgn harga rm 600 rumah kosong xde perabot bagai.. deposit sahaja sudah rm 1200,nasib baik kami share berempat.. tp mmg xdinafikan sewa rumah sekitar TM nie AGAK mahal,kalo nk yg murah pelajar terpaksa hadapi masalah lain pulak sprt pengangkutan.Saya bukan nk backup mereka tp kurang senang dgn kata2 kamu yg kurang manis.maaf menegur.
nak kata bodoh kang marah.... hakhak... naper nak duk yg uklk sediakan..... penah dgr budak u lain duk satu umah sampai 14 org.... hahaha rilek la budak kecik lemah gemalainyer.... wekkkkkkk...... bosan budak upsi nih
to anonymous- elo bro. slow skit ckp dak upsi.bahsa melambangkan peribadi.kata2 2 sopan ckit :).kita xbole salahkan student,sbb mmg btl ada yg xde kj.tp cuba anda letakkan situasi anda dengan student 2.xpelu cakap bodoh k apa,lu suda besar ptt fkr mana elok ckp or x ckp :)
Satu rumah RM600 dah kira mahal. Kalau kat PJ, satu bilik RM500 tahun awal 90an tu nak kira mahal ker murah ek? Satu yg sy perhatikan student UPSI ni mmg manja, semua nak sedia....hmmmm
Kota Malim Prima ni murah je klu nak banding rumah yg berdekatan dengan UPSI tu. Klu rumah flat 5 tingkat kat KMP baru RM250-RM300. Siap ada kemudahan wifi internet. Cuma kena ada pengangkutan sendiri lah.
Post a Comment