June 20, 2011

Universiti lepas tangan

Tanjong Malim, 20 Jun – Pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil keputusan untuk tidak bertanggungjawab keatas pelajarnya yang disenaraihitam oleh pihak KementerianPelajaran Malaysia ekoran kelewatan mereka membayar yuran pengajian.

Sementar itu, nasib sama juga terpaksa ditanggung lebih 300 pelajar tajaan KPM yang hanya menerima bayaran biasiswa berjumlah kurang RM2000 berbanding RM3700 yang sepatutnya.

Barisan MPP dilaporkan telah membuat pertemuan dengan Dato’ Naib Canselor bagi menyelesaikan masalah yang menimpa pelajar tajaan KPM. Namun pertemuan tersebut dilaporkan amat mengecewakan apabila beliau tidak mahu bertanggungjawab atas masalah tersebut malah meletakkan kesalahan tersebut kepada para pelajar.

Dalam perkembangan lain, pihak university tidak pernah memaklumkan kepada pihak KPM tentang semester khas yang harus dilalui pelajar. Pihak KPM juga turut mempersoalkan tindakan UPSI yang membuat keputusan tanpa member makluman kepada mereka dan pihaknya hanya mengetahui perkara tersebut melalui pelajar yang menelefon untuk bertanya berkaitan bayaran KPM.

Amirul Afzan, Exco Kebajikan dan Perkhidmatan MPP dalam reaksinya melalui facebook melahirkan perasaan kecewa dengan keputusan yang dibuat Dato’ NC. “Pihak universiti seolah-olah tidak meletakkan kebajikan pelajar sebagai priority utama sebaliknya hanya menumpukan kepada prestasi kecemerlangan semata-mata, tulis beliau.”

Masalah ini sepatutnya bukan hanya perlu ditanggung pelajar kerana pihak universiti juga melakukan kesilapan tidak memaklumkan sebarang pemberitahuan kepada pihak KPM. Universiti diharap dapat mengambil tindakan bijak demi memastikan kebajikan para pelajarnya.

5 comments:

blue nature said...

bodoh punya UPSI...nie ke sikap pihak atasan universiti pendidikan.dah macam xde pendidikan.

blue nature said...

bodoh punya UPSI...nie ke sikap pihak atasan universiti pendidikan.dah macam xde pendidikan.

aLeEya said...

Kami sudahpun suarakan masalah ini semasa sesi bertemu TNC di auditorium pada sem yang lepas, namun jawapan yg kami peroleh adalah pemegang biasiswa KPM akan turut mendapat wang pendahuluan dr pihak UPSI. Walaubagaimanapun, "indah khabar dari rupa" setelah kami mendaftarkan diri untuk berpraktikum, pihak UPSI mengatakan bahawa pihak KPM sendiri yang akan memasukkan wang kepada kami. DIMANA PERGINYA JANJI2 MANIS YANG TELAH DITABUR??? KAMI YANG TERANIAYA

Anonymous said...

Kami sudahpun suarakan masalah ini semasa sesi bertemu TNC di auditorium pada sem yang lepas, namun jawapan yg kami peroleh adalah pemegang biasiswa KPM akan turut mendapat wang pendahuluan dr pihak UPSI. Walaubagaimanapun, "indah khabar dari rupa" setelah kami mendaftarkan diri untuk berpraktikum, pihak UPSI mengatakan bahawa pihak KPM sendiri yang akan memasukkan wang kepada kami. DIMANA PERGINYA JANJI2 MANIS YANG TELAH DITABUR??? AKHIRNYA, KAMI YANG TERANIAYA