June 5, 2011

54 orang pelajar perlu buat surat tunjuk sebab

Tanjong Malim, 5 Jun - Seramai 54 orang pelajar tajaan KPM disekat daripada menerima biasiswa kerana mempunyai hutang tertunggak yang banyak dengan pihak universiti.

Mereka dikehendaki mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak KPM bagi menjelaskan berkaitan hutang tertunggak tersebut yang dipercayai disebabkan kegagalan mereka membayar yuran pengajian.

Sementara itu, pihak KPM dilaporkan telah menghantar surat notis makluman kepada pelajar yang terlibat supaya mereka dapat memberikan surat balas dalam tempoh yang terdekat.

Exco Majlis Perwakilan Pelajar, Mohd Zahar Mohamed Nor ketika ditanya berkenaan perkara tersebut turut mengesahkan bahawa masalah tersebut memang berlaku dan beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan kecuaian pelajar sehingga menyebabkan mereka disekat daripada menerima pembayaran daripada KPM.

“ Saya kecewa dengan kecuaian mereka yang sepatutnya menggunakan dan menguruskan wang biasiswa tersebut dengan baik. Saya nasihatkan kepada mereka supaya membuat surat tunjuk sebab dalam masa terdekat dengan mengemukakan alasan yang kukuh supaya tajaan tersebut dapat diteruskan, katanya.”

Tambahnya lagi, “saya juga telah berbincang dengan pegawai KPM yang berkenaan dan beliau memberi jaminan bahawa jika alasan yang diberikan pelajar adalah munasabah, kemungkinan pihaknya boleh mempertimbangkan untuk meneruskan pembayaran biasiswa.”

No comments: