June 24, 2011

Siswi Upsi, reka video sedarkan rakyat tentang despotism

Tanjong Malim, 24 Jun - Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris dikatakan telah mereka satu video klip bertajuk "Mari Mengundi: Pilihan Ditangan Anda"(klik) yang telah dimuat turun menerusi laman Youtube dan Facebook.

Video selama 7:36 minit tersebut memuatkan pendedahan despotism (kezaliman), kesakitan sosial masyarakat dan memberi gambaran pergolakan sosial politik yang berlaku dalam negara.

Ianya dikatakan antara usaha murni beliau menyedarkan seluruh rakyat termasuk mahasiswa tentang peranan mereka dalam sebuah negara demokrasi. Peranan menentang kezaliman dan kerosakan masyarakat dengan pelbagai penyakit sosial hasil dari pergolakan politik.

Mengulas video tersbut, Koordinator MP menyatakan bahawa, video tersebut merupakan satu manifestasi kesedaran mahasiswa kini terhadap apa yang berlaku dalam negara. Ini adalah satu perkara positif dan sepatutnya bagi mahasiswa.

5 comments:

fiq. said...

bagus kot, boleh la sebar-sebarkan ... :) terutamanya bila dah nak PRU ni..

si poket kosong said...

excited sangat tu nak konvo..apepun congrat tuk sume kengkawan yang bakal bergraduan at the end of this july..setinggi mana pun pencapaian kita..jgn kita lupa pada yang Esa..

AdamAdli said...

Sudah pun tonton video ini sebelum ini.. tahniah kepada pemilik!

AdamAdli said...

Sudah tonton sebelum ini. Hebat! Tahniah kepada pereka video..

AdamAdli said...

Sudah tonton video tersebut sebelum ini. Tahniah kepada pereka..