June 5, 2011

Pihak akademik tipu pelajar – Afiq Fikri

Tanjong Malim, 5 Jun - Muhammad Afiq Fikri petang tadi telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihak akademik bersikap tidak adil apabila memberi maklumat yang palsu kepada pelajar.

Beliau mengeluarkan reaksi tersebut ekoran masalah pemotongan bayaran biasiswa kepada pelajar tajaan KPM disebabkan adanya semester khas kali ini. Pihak akademik dikatakan memberi alasan kepada pelajar yang menghubungi mereka bahawa semester khas yang diadakan sekarang adalah atas permintaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Yang Dipertua MPP itu kemudian berang apabila ramai pelajar yang menghubunginya dan memberitahu maklumat tersebut diperolehi daripada bahagian akademik UPSI.

Beliau menyatakan bahawa tindakan tersebut merupakan satu pembohongan dan sebagai cubaan melepaskan diri bagi pihak akademik dalam berdepan dengan pertanyaan para pelajar. Beliau membidas tindakan tersebut yang disifatkan sebagai tidak professional kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti Majlis Perwakilan Pelajar.

Isu tersebut menjadi semakin tegang apabila pelbagai jawapan yang wujud selepas pihak KPM mengkreditkan wang tajaan kepada pelajarnya mengikut perkiraan dari tempoh 1 Julai hingga 11 September.

Pihak universiti diminta tampil dengan penjelasan yang wajar supaya kekeliruan ini dapat dirungkai lebih-lebih lagi pihak KPM dilaporkan tidak mendapat sebarang surat makluman daripada pihak universiti berkaitan semester khas yang diwujudkan ini.

8 comments:

Anonymous said...

entah la...dulu sblum msuk upsi, nak sgt msuk upsi..dpt msuk upsi ase bngga sgt..tp bila da nk abis blaja kt sini, ase mnyesal pon ada..sbb upsi ni rupanya kaki kelentong..

Anonymous said...

haha.. baru tau ka

Anonymous said...

Di sini, saya hanya ingin mengemukakan beberapa pandangan dan juga pengetahuan saya.
1. Apabila kita diberitahukan bahawa semester khas ini merupakan pandangan dari pihak MPP, memang tidak boleh dinafikan bahawa ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh diubah. Tapi, bukan MPP untuk sesi 2011/12, tetapi merupakan bekas MPP. Kalau ingin mendapatkan kenyataan dan kebenaran, biar sesiapa yang mengemukakan pandangan ini bertampil ke depan dan buat penjelasan yang sepatutnya.

2. KPM memang mengikut prosedur mereka untuk memberi biasiswa kepada kita untuk melanjutkan pengajian kita. Oleh yang demikian, memang wajarnya mereka mengeluarkan biasiswa untuk 2 semester dalam satu tahun. Tetapi disebabkan oleh semester khas ini, kita terpaksa menerima bilangan biasiswa yang tidak seperti yang kita dapatkan pada setiap semester. Tambahan pula, bahagian akademik yang bersikap demikian juga menyebabkan masalah ini wujud. Secara rumusnya, sebelum membuat sesuatu keputusan, sila buat pertimbangan yang sejauh mungkin(bukan saja rujuk kpd B.akademik, tetapi juga MPP dan pihak yg berkenaan).

3. Untuk menangani masalah ini, saya harap pihak yang mencetus masalah ini, iaitu orang yang mengemukakan semester khas ini bertampil ke depan dan menjalankan tugas yang sepatutnya agar tidak akan mencetuskan sebarangan masalah yang tidak diinginkan dan juga menjejaskan nama MPP disebabkan oleh tidak jujur. Tambahan pula, pihak yang berkenaan juga perlu sentiasa mengambil berat agar semua masalah ini akan diselesaikan dengan cara yang sewajarnya dan pihak akademik juga perlu membuat penjelasan kepada semua yang terlibat agar boleh mengelakkan salah faham di kalangan pelajar dan pihak pentadbiran.

Akhir sekali, semua masalah memang akan diselesaikan sekiranya pihak-pihak yang berkenaan bekerjasama antara satu sama lain, tetapi bukan membaling bola kepada orang lain. Dan harap-harap perkara ini akan dijadikan satu pengalaman dan pengajaran agar ia tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang.

Sekiranya ada apa-apa yang menyinggung perasaan pihak yang berkenaan, mohon maaf.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

pihak yg berkenaan betulkanlah kembali perkara yang tak betul. perkara yg telah menimbulkan kesusahan kpd pelajar. pihak pentadbiran upsi khususnya. kenapa buat pelajar anda begini..

Anonymous said...

Baru bergelar pelajar dah pandai nak menentang dasar, kalau dah habis belajar tak tau nak jadi apa la kat hang ni ....

Anonymous said...

Pihak bendahari menyatakan kepada pihak kpm iaitu pelajar yang ingin membuat praktikum awal..... versi 1

pihak bendari menyatakan kepada pihak kpm pula iaitu MPP yang meminta praktikum di awalkan.... versi 2

KPM tidak salah dalam pemberian wang biasiswa tetapi tanggungjawab sepenuhnya harus diberikan kepada pihak upsi kerana :

1. keputusan praktikum awal dibuat oleh pihak upsi tanpa memikirkan risiko yang akan pelajar tanggung seperti penerimaan biasiswa kpm.

2. Pihak KPM tidak diberitahu awal tentang praktikum semester khas. kecewa!!!!!!!

3. pelajar tidak diberitahu bahawa apabila praktikum awal, penerima biasiswa akan mengalami keadaan seperti ini.

Kecewa dengan pentadbiran UPSI. UPSI hanya memikirkan kelancaran pihak mereka tanpa memikirkan kebajikan pelajar.

KECEWA DENGAN UPSI... MENYESAL MASUK UPSI

Anonymous said...

makin celaru la..

Anonymous said...

selalu je pihak mpp dan uni yg kena kalo da mslh. kesian dorg ni. ada masalah jer kita semua dah mengeluh, xda semangat daya tahan yang kuat untuk hadapi cabaran2 idup ni, saya dapat wang ptptn tu mmg cukup2 pakai bayar yuran dan belanja makan 2 bulan jer. tapi kalo nak jimat, ada je caranya. tu la, bila rasa duit lebih je, nak belanja lebih, dapat pinjaman sejuta setahun pun xkan cukup, aduyai, baru satu sem jer dah pos komen macam setahun kebulur x makan nasi, aduyai...