June 24, 2011

Konvo: Bakal graduan merungut tarikh belum keluar

Tanjong Malim, 24 Jun - Tarikh konvokesyen bagi mahasiswa yang bakal bergraduat pada Julai ini masih belum dikeluarkan oleh universiti. Hal ini menyebabkan ramai mahasiswa merungut kerana tarikh yang tepat masih belum diketahui dan menyebabkan mereka sukar menyusun jadual.

Dalam pada itu, menerusi satu komen di Facebook, seorang mahasiswi yang bakal bergraduat menyatakan "pihak universiti perlu mengeluarkan tarikh dan maklum balas secepat mungkin kepada pelajar agar mereka faham dan mengetahui maklumat terkini".

Dalam hal berkaitan, walau pun tarikh konvokesyen secara umumnya telah dinyatakan bermula 26-30 Julai 2011, namun tarikh khusus mengikut fakulti masih belum dikeluarkan dan ini menyukarkan bakal graduan menyusun waktu dengan keluarga untuk menghadiri konvokesyen.




1 comment:

Sang Putra Senja said...

Senarai penuh istiadat konvokeseyen UPSI 26 Julai-30 Julai 2011

26/7/2011[PAGI] : Muzik, DPAKK

26/7/2011 [PETANG] : Kesasteraan Melayu, Moral, Teknologi Reka Bntuk Komputer, Sains matematik.

27/7/2011 [PAGI] : Pendidikan Khas, Geografi

27/7/2011 [PETANG] : Usahawan dan Perdagan, sains sukan, Seni, Akaun

28/7/2011 [PAGI] : Sains, Pengusan Perniagaan, Pendidikan Matematik, Pengursan Pendidikan

28/7/2011 [PETANG] : seni komunikasi visual, kemahiran hidup

29/7/2011 [PAGI] : bimbgan dan kaunselng, sains kejurulatihan, pend. islam, multimedia, teknologi maklmt.

29/7/2011 [PETANG] : sejarah, ekonomi, psikologi sukan

30/7/2011 [PAGI] : Bahasa melayu dan TESL