June 4, 2011

Biasiswa KPM dibayar dari 1 Julai – 11 September

Tanjong Malim, 4 Jun - Setelah tiga minggu pelajar tajaan KPM menanti wang tajaan dikreditkan ke akaun mereka, akhirnya mereka dapat menarik nafas lega apabila wang tajaan telah dimasukkan ke akaun masing-masing.

Namun begitu, mereka terkejut dengan jumlah wang diberi pihak KPM kerana berlaku pengurangan yang begitu ketara berbanding jumlah yang biasa mereka terima.

Mengikut maklumat yang diperolehi, rata-rata pelajar menerima RM1200 – RM1700 sahaja (sudah ditolak yuran + hutang tertunggak) berbanding RM4549(sebelum tolak yuran)yang diperolehi sebelum ini.

Dalam pada itu, pihak Upsikini mendapatkan penjelasan daripada Koordinator MP, saudara Mohd Zahar di atas perbezaan jumlah wang yang diterima tersebut. Beliau menyatakan bahawa memang jumlah untuk kali ini adalah kurang berbanding biasa kerana pihak KPM membuat bayaran mengikut tempoh pengajian yang sedang berlangsung.

“Mereka hanya menerima wang tajaan bermula 1 Julai hingga 11 September sahaja. Oleh sebab itu jumlahnya kurang daripada yang biasa. Saya pun telah menghubungi pihak KPM berkaitan masalah ini, tetapi kita terpaksa akur kerana jumlah yang diberi sebelum ini (semester lepas) adalah bagi menampung sara diri pelajar sehingga enam bulan (Jan – Jun), katanya.”

“Saya harap para pelajar tajaan KPM memahami statusnya sebagai penerima biasiswa dan anda tidak boleh nak bandingkan dengan pelajar tajaan PTPTN kerana mereka semua berhutang, berbeza dengan anda yang mendapat tajaan KPM (tidak perlu bayar balik), tambahnya lagi.”

6 comments:

Anonymous said...

jadi mana perginya baki duit kami??dan apa bezanya kami melakukan praktikum 14minggu dan kami menerima bayaran sebegitu sedangkan setiap semester 14 minggu??jelaskan!!!!

Anonymous said...

maaf pembetulan kami hanya terima rm1079 dan kami tidak layak terima elaun praktikum dalam cuti semester sekali. mmg kami xperlu bayar balik secara tunai tetapi kami terikat selama 4tahun.

Anonymous said...

pergi la tanya KPM... silap2 duit tak dapat.. posting pun lenyap.. hahahaha.. dah la itu jer majikan yg ada

blue nature said...

UPSI dan KPM ingat kami semua ddk umah free,mkn free ke?pikirla...dahla lectre mintak kena adakan mcm2 smasa praktikal nanti...kami nk cari duit kt mana?????nk buat praktikal kt kampung x bagi.

blue nature said...

UPSI dan KPM ingat kami semua ddk umah free,mkn free ke?pikirla...dahla lectre mintak kena adakan mcm2 smasa praktikal nanti...kami nk cari duit kt mana?????nk buat praktikal kt kampung x bagi.

blue nature said...

UPSI dan KPM ingat kami semua ddk umah free,mkn free ke?pikirla...dahla lectre mintak kena adakan mcm2 smasa praktikal nanti...kami nk cari duit kt mana?????nk buat praktikal kt kampung x bagi.