June 21, 2011

BHEA jumpa MPP esok - selesaikan kemelut

Tanjong Malim, 21 Jun – Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) akan membuat pertemuan bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI bagi member penerangan kepada badan pelajar tersebut berkaitan kewujudan semester khas.

Tindakan tersebut dibuat kerana pihak Akademik tidak senang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh YDP MPP, saudara Muhammad Afiq Fikri yang membuat kenyataan terbuka bahawa pihak akademik berbohong kepada pelajar.

Oleh itu, pertemuan tersebut akan memberi peluang kepada MPP dan BHEA untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku. “ Pihak BHEA telah mengambil langkah untuk bertemu dan berbincang dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 22 Jun 2011 bagi menyoroti dengan lebih mendalam tentang isu ini, tulisnya melalui email.”

Dalam pada itu, menerusi email yang dihantar, pihak akademik memberikan rasional pihak universiti mewujudkan semester khas ini dengan beberapa alasan;

Pertama, cuti semester yang panjang. Berikutan cuti semester yang panjang, pihak pengurusan universiti mencadangkan supaya mengadakan semester khas bagi memastikan cuti pelajar dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat. Cuti semester ini sebenarnya wujud atas sebab perubahan takwim pengajian universiti di semua IPTA.

Kedua, untuk cater pelajar antarabangsa dan pertukaran pelajar.

Ketiga, berdasarkan soal selidik dengan pelajar. Sebelum pelaksanaan semester khas, pihak BHEA telah menjalankan satu soal selidik (survey) terhadap pelajar bagi mendapatkan maklumbalas awal dari pihak pelajar sama ada pihak pelajar setuju atau tidak dengan cadangan pelaksanaan semester khas ini. Output akhir dari soal selidik itu, mendapati para pelajar sangat berminat dengan pelaksanaan semester khas ini.

Keempat, berdasarkan soal selidik dengan IPTA lain. Pihak BHEA juga telah melaksanakan soal selidik dengan IPTA lain bagi mendapatkan perbandingan antara IPTA yang melaksanakan semester khas. Ini bagi mendapatkan penanda arasan sama ada semester khas ini sesuai dilaksanakan ataupun tidak.

"Untuk makluman, semester khas ini tidak diwajibkan kepada semua pelajar tetapi hanya ditetapkan sebagai pilihan bukan wajib (optional). Keputusan pelaksaan semester khas ini juga tidak melibatkan keputusan pihak luar atau desakan mana-mana pihak lain, ujarnya."

4 comments:

blue nature said...

nak selesaikan kemelut mpp ngn akademik buat ape.selesaikan dulu kemelut kami yang xde duit nie.ataupun upsi nak bagi kami markah free tanpa buat praktikal???

blue nature said...

nak selesaikan kemelut mpp ngan akademik buat ape.selesaikan dulu masalah kewangan kami ni.ataupun upsi nak bagi kami markah free tanpa praktikal???pelajar mmgla suke buat semesta khas nie.tapi itu kalau ada duit.kalau dah xde duit nie sape yang nak suke.nak pikir psl nak mengajar skolah lg.pikirkan kewangan lagi.mmg upsi ni xde hati perutla.

Fariz Hamid said...

ntah...benda dah jadi...tak perlu nak bincang apa2 lagi dah....sebab semester khas nie la kami pelajar yang sedang berpraktikum menghadapi masalah kewangan terutama pemegang biasiswa kpm....universiti amik yuran sama macam semester biasa...ada diskaun pon ciput jer pon....tapi biasiswa dapat sikit...apa kes????

Anonymous said...

pada pandangan saya sebagai salah seorang pelajar upsi, sebarang percanggahan idea dan tanggungjawab di antara pihak uni dan mpp haruslah diselesaikan secara berdiplomasi. pihak uni hendaklah telus dan pihak mpp jangan sibuk je nak jadi hero 24/7 x bertempat kerana kita terikat kepada AUKU, dulu wat manifesto mengarut x realistik. Pihak uni pun nampaknya suka main tarik rambut dalam tepung, haiya.