May 14, 2011

Mekanisma terbaik sedang diteliti selesaikan isu biasiswa KPM – Zahar

Tanjong Malim, 14 Mei – Masalah kelewatan pembayaran biasiswa KPM kepada pelajar tajaannya masih belum reda disebabkan pihak KPM tetap berkeras tidak mahu memberikan lagi wang tajaan tersebut.

Keputusan tersebut diambil pihak KPM kerana pelbagai masalah yang timbul dalam kalangan penerima biasiswa. Ramai antara mereka yang tidak membayar yuran pengajian sehingga menyebabkan banyak hutang tertangguh dengan pihak universiti.

Selain itu, semasa dalam kemelut kelewatan ini berlaku, pihak KPM mendakwa terdapat beberapa orang pelajar UPSI yang menelefon pihaknya dengan nada yang kasar dan tidak beradab. Tindakan tersebut menyebabkan pihak kementerian berang sehingga menyebebkan sebarang rundingan daripada pihak universiti atau MPP menjadi sukar.

Koordinator Mahasiswa Pendidik, Mohd Zahar Mohamed Nor ketika ditanya berkaitan isu tersebut turut kesal dengan masalah yang sedang berlaku ini, masalah yang ditimbulkan oleh sebilangan kecil penerima biasiswa tetapi kesannya terkena kepada semua.

“ Saya dimaklumkan oleh pihak bendahari bahawa ramai pelajar tajaan KPM tidak membayar yuran pengajian sehingga ada yang mempunyai hutang tertunggak melebihi RM2000. Hal sebegini sepatutnya tidak berlaku kerana setahu saya jumlah biasiswa KPM adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan pelajar PTPTN, katanya.”

Walaubagaimanapun beliau memberitahu bahawa masalah tersebut akan cuba diselesaikan kerana ianya melibatkan mereka yang tidak bermasalah juga.

“ Kita telah punyai beberapa mekanisma untuk menyelesaikan masalah ini, semalam pihak bendahari ada telefon saya untuk selesaikan masalah ini tetapi masih terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diteliti agar keputusan yang diambil tidak menimbulkan masalah pada masa hadapan.”

“ Saya tahu ramai pelajar yang betul-betul memerlukan duit sekarang, tetapi saya berharap para pelajar yang terlibat dapat bersabar diatas kesulitan yang berlaku, kami akan cuba selesaikan masalah ini secepat mungkin,tambahnya lagi.”

9 comments:

Fariz Hamid said...

pelajar2 bertindak menelefon sendiri KPM kerana sudah tertekan akibat kesempitan wang...memang salah pelajar kerana tidak beradab semasa menelefon KPM tetapi itu adalah kerana stress....perkara ini berpunca daripada keputusan pihak universiti sendiri yang menjadikan pelajar sebagai kambing hitam sewaktu membuat keputusan menganjakkan tarikh praktikum tanpa memikirkan kesan2 yang timbul daripada keputusan tersebut seperti tiada minggu ulangkaji, pelajat tiada cuti semester dan yang paling teruk adalah pelajar kesempitan wang...sekiranya pihak universiti ingin membuat keputusan sebegini, sepatutnya pihak universiti telah bersiap sedia dengan sebarang kesan2 yang mungkin timbul supaya pelajar tidak menjadi mangsa...ini tidak...apabila perkara2 begini timbul, pelajar pula yang disalahkan kerana menimbulkan kesulitan kepada pihak universiti untuk berunding dengan KPM...

Anonymous said...

jgn salahkan kpm...pihak universiti pn sepatutnya perlu meneliti dahulu sebelum melakukan sesuatu contohnya isu praktikum yg dijalankan lebih awal dpd biasanya.students are the one facing the problem..

Anonymous said...

sekat je la biasiswa org yg tak bayar yuran..yang x de hutang bg mcm biasa habis citer... cmtu je formula nye...

Anonymous said...

"memang salah pelajar kerana tidak beradab semasa menelefon KPM tetapi itu adalah kerana stress..."

STRESS??

xkan ini jer kot tahap kesabaran mahasiswa yang bakal digelar guru?? kesempitan wang?? itu pun dah melenting?? duniawi semua tu...

Anonymous said...

"sekiranya pihak universiti ingin membuat keputusan sebegini, sepatutnya pihak universiti telah bersiap sedia dengan sebarang kesan2 yang mungkin timbul supaya pelajar tidak menjadi mangsa...ini tidak...apabila perkara2 begini timbul, pelajar pula yang disalahkan kerana menimbulkan kesulitan kepada pihak universiti untuk berunding dengan KPM..."

universiti bersedia, tetapi xmengajar kamu jadi kurang hajar...

Anonymous said...

pihak bendahari upsi pun xkan la xleh dahulukan duit dulu,pastu potong la.consider la skit.buat anjakan tarikh tapi x bincang elok2 dulu dengan KPM.student gak yang bermasalah bila ade kes.pelik2.

Anonymous said...

klu kpm lambat, mmg x upsi hulurkan dulu.. kami boleh bersabar tapi bukan tuan rumah kami.. suppose sebelum nk tukar tarikh patut pikir and deal will every1. ni tetiba tukar tarikh, xde stdy week. nie salah sape salah student jugak ke??? sekarang kpm hanya akan bayar untuk 2 bulan sahaja dan elaun berpraktikum dalam cuti semester xakan diluluskan. so hutang2 kami yg bertimbun dan makan minum kammi sape nk tanggung???? tlg jawab...

Anonymous said...

Perkara sebegini tidak akan terjadi jika ada pihak yang bertanggungjawab..

Anonymous said...

Why not just dahulukan duit biasiswa tu dulu n then potong lah berapa bnyk yuran yg tertangguh drpd duit biasiswa tu. Setidaknya lepas ni xde lg kes yuran tertangguh n semua penerima biasiswa blh survive . Menangguhkan pembayaran biasiswa bg yg x bayar yuran mahupun yg dah membayar yuran bukan jalan penyelesaian yg terbaik. Sepatutnya jalan yg lebih bijak adalah lepas ni, segala yuran dipotong drpd biasiswa yg pelajar tajaan dpt.