Peranan mahasiswa sudah terpesong apabila kebanyakannya mengambil peluang waktu belajar ini untuk melepaskan segala hasrat dengan mengamalkan gaya hidup bebas.
Akhbar Harian Metro Selasa lalu ( 19 April 2011 ) mengejutkan negara apabila mendedahkan satu pesta liar yang dihadiri mahasiswa.
Ahmad Rusydan Sidek, Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah ( MPP) menempelak kumpulan mahasiswa yang terlibat dalam pesta tersebut. Beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bermaruah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh individu yang bergelar mahasiswa.
“ Saya amat terkejut dan begitu sedih apabila membaca laporan akhbar tersebut yang melaporkan pembabitan mahasiswa dalam pesta liar seperti itu. Mahasiswa sepatutnya menggunakan kematangan untuk membuat sebarang tindakan kerana ia akan memberi kesan yang teruk kepada institusi pendidikan tertinggi negara, katanya.”
Menurutnya lagi, warga siswa-siswi mesti menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada masyarakat supaya mereka mengikuti jejak langkah dan yakin dengan system pendidikan tinggi Negara. Jika perkara seperti ini terus berulang, maka masyarakat akan memandang menara gading tidak mampu melahirkan para graduan yang berjaya dan berakhlak, tambahnya lagi.”
Kementerian Pengajian Tinggi harus memandang perkara ini dengan serius dengan membuat pantauan ke tempat-tempat ‘panas’ supaya mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat boleh diambil tindakan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment