April 23, 2010

Wan Aini : Saya kembali belajar Julai ini

Tanjung Malim, 23 April - Seorang siswi UPSI, Wan Aini Wan Ibrahim, pelajar semester satu program Pengajian Malaysia yang koma sejak 2 Oktober tahun lalu akibat jangkitan kuman yang pernah dilaporkan Upsikini akan kembali meneruskan pengajian Julai ini setelah sembuh sepenuhnya.

Demikian dimaklumkan mantan Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari Pro-Kebajikan sebelum ini kepada UPSIkini lewat petang semalam.

Wan Aini tekad ingin berjaya

Menurut Nur Aqilah Hanis, mantan Exco Akademik MPPUPSI, "saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan adik Wan Aini. Bagaikan memberi sinar baru apabila pihak UPSI juga sudi menawarkan peluang belajar semula kepadanya semula. Alhamdullilah"

Kesihatan Wan Aini pulih selepas hampir 2 minggu tidak sedarkan diri. Wan Aini kini walau pun berkerusi roda akibat mengalami laptospirosis yang menyebabkan tangan dan kakinya berwarna kehitam-hitaman dan terpaksa dipotong , tekad untuk meneruskan pengajian dengan bersungguh-sungguh pada sesi depan. Katanya "saya bersyukur kerana mendapat tawaran baru dari UPSI untuk kembali meneruskan pengajian pada Julai ini".

Sementara itu, mantan Exco Kebajikan MPPUPSI Adriyani yang turut terlibat membantu adik Wan Aini pada sesi lepas mengucapkan terima kasih dan rasa terharu beliau kepada rakan-rakan Wan Aini yang sanggup menjaga beliau sepanjang berada di hospital serta mengajak semua warga UPSI mendoakan kesihatan dan kejayaan Wan Aini.

4 comments:

[ukhti yaya] said...

:: alhmdulillah, moga adk w.aini tabah dlm mghadapi hari2 y bakal mndatang d bumi tanjong malim ini..
hope sahabat/sahabiah , same2 kita bantu beliau.. tidak kira dr sgi mental or fizikal insyaALLAH..:)

Anonymous said...

SEmoga terus sukses kepad Wan Aini..

Anonymous said...

bagus dik..ambilah contoh dari mereka yg tidak sempurna tp berjaya..

hafidzhamzah said...

semoga terus tabah dan berusaha..
may Allah bless You always..