April 19, 2010

Upah mahasiswa pantau PRK Hulu Selangor

Tanjung Malim, 19 April – Berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada kali ini, dikatakan ada pihak menghantar beberapa wakil mahasiswa terlibat dalam memantau dan mencari mahasiswa terlibat dalam PRK Hulu Selangor khususnya Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mahasiswa terbabit dikatakan antara mereka yang aktif menggerakkan jentera Pilihan Raya Kampus (PRK) pro Aspirasi di UPSI sebelum ini. Mereka dikatakan menjadi ‘mata-mata’ untuk mencari kalau-kalau ada pelajar UPSI yang terlibat dan melaporkan kepada pihak JHEPA atau universiti.

Menurut sumber, dikatakan mereka kelihatan berada di tempat penamaan calon di Kuala Kubu Baru baru-baru ini bersama beberapa orang pegawai khas dan polis. Dikatakan mereka dilantik dan diberi elaun tertentu sebagai memudahkan pihak berkenaan mengesan mahasiswa terlibat kerana mereka lebih mengenali.

11 comments:

Anonymous said...

hahahaha..
aku kenal sape mangkuk2 hayun nie.

memang muka2 pengintip nie pun mcm muka org tua tak sedar diri..

Anonymous said...

mangkuk hayun tu kalau tak silap saya selalu berkeliaran kat sini dan plg penting mangkuk hayun tu tak dapat posting..dia kerja ngan Unit Tari Menari la senang cite..besar sgt...

Anonymous said...

assalam..
xpayah la nk mengata..kdg2 org mengintip sekadar utk melihat gelagat masing2 kut2 la ade yg t'kejut kene intip..klu t'kejut tu makna nya ade buat salah kn2..
so,xyh mengata org lain..tgk diri sndiri..
klu xdipublish komen ni,maksud nye btul la kn..klu btul mesti xnk dipublish..kn2..

Anonymous said...

saya cabar upsikini dedahkan siapa dia mahasiswa yang diupah..saya sebagai pro aspirasi merasakan ini satu tindakan berunsur fitnah..dedahkan siapa mahasiswa pengintip tersebut supaya boleh kita auku kan dia..

Anonymous said...

Mangkuk hayun tu tak guna la..mahasiswa mesti tahu sapa mangkuk hayun tu sebab dia layak dimarahi kerana memalukan upsi..saya cabar upsikini dedahkan sapa mangkuk hayun tak guna tu..memalukan upsi saja..

Anonymous said...

Ala,, kalo jad penyokong kerajaan tak jad masalah..tak kena auku punya
tap yang jad masalah apabila menyokong pakatan..

Puak aspirasi ni kan senang sangat lah d perbodohkan dengan HEP..
jad kuli batak..

Anonymous said...

hahaha..
Bagi aku HEP nie ada sikit baus la daripada HEP u lain..

eh bukan sikit tapi banyak bagus la daripada U lain contohnya UM..

tengok pada Prof Syah sndiri selaku TNC HEPA xdela menekan sgt puak2 PAS/PKR kat UPSI nie..

Tapi budak2 yg berada bawah Prof Syah yang 'over' mcm bangang skit..

perlu ke aku sebut nama..
Kalau dikalangan pelajar adela aku dapat kesan jadi 'penjilat' UMNO kat UPSI nie..

Kelaur puak2 nie selamat la UPSI nnt..

hehehe..

Anonymous said...

saya cabar anda dedahkans apa dia pencacai umno dan pro aspirasi yang terlibat..kalau tak kami akan saman

Anonymous said...

Salah seorangnya adalah lelaki yang memakai baju belang2 Hijau yang gambarnya didedahkan oleh UPSIKINI semasa melakukan kerja haramnya kat bagan pinang..

Jadi pengintip konon..
hahaha

Anonymous said...

semua takut... ckp xberani... sembang lebih muka sorok... tunjukkan sapa yg korang ckp jg penjilat semua tu. tunjukkan... atau kami yg tnjukkan bagaimana rasanya xdapat posting... ada yg terkejut beruk bila org nampak main2 ugut lg... kekalahan pembangkang menunjukkan segala-galanya... wpun india pun org pangkah. wpun minum arak tp agama dia xmenghalang dr org Islam yg minum tp hipokit ckp xminum... woi aku anak negeri dia aku tau la dia minum ke tak... korang student ada AUKU ikut AUKU korang xda masalah... haha xkan xdgr cerita kot...

Anonymous said...

wow ade org ugut xdpt posting ler...tkutnyer....tkut...
adkh anda menteri pljrn shgga ade kuasa memostingkan org?
kesian plajar IPTA,smua bijak2 dah smpai menara gading pun..tp malangnye diugut,digertak...mcm bdk2 tadika....desempitkn fkrn ttg politik...maka nnt lahirlah pemimpin ngra dr kalangan mat rempit,bohsia,gengster kg yg hanya ade PMR n SPM..hancur ngra..hancur bila org2 cerdik pandai dilayan mcm anjing..diugut mcm hamba..

jika pljar2 ini disekat postingnya,di buang Ipt hanya krn fahaman politiknya berbeza dgn BN,maka kmu2 jawablah di akhirat kelak...mngkin lpas di dunia,di akhirat nnt pljr2 ini akan menuntut hak mereka dlu...

Aku yakin,generasi muda hri ini akan membuat 1 prubahan politik yg besar pd ngra x lama lg..nantikan..salam...