April 24, 2010

Mahasiswa penuhi masjid Hulu Bernam

Tanjung Malim, 24 April – Ekoran jarak disebelah pagar Parlimen Hulu Selangor, mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dikatakan mengambil kesempatan memenuhi Masjid ar-Rahman Hulu bernam sejak beberapa hari lalu untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh-tokoh agama yang disegani.

Mediawan Upsikini mendapati mereka dikatakan hadir ke masjid untuk mendengar siri kuliah agama dari tokoh-tokoh agama yang tersohor termasuk dari Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dan Prof. Dr. Harun Din. Tindakan mahasiswa terbabit dikatakan diambil ekoran kurangnya kuliah-kuliah agama wujud di kampus sebaliknya banyak aktiviti hiburan.

Dalam pada itu, sejak bermulanya kempen pilihan raya pada 6 hari lepas, ramai tokoh ulama turun untuk memberi kuliah di masjid-majsid berdekatan dan dikatakan mahasiswa tidak melepaskan kesempatan tersebut untuk menimba ilmu agama dari tokoh-tokoh agamawan yang disegani.

Dalam perkembangan berkaitan, siri kuliah agama tersebut diteruskan selepas maghrib bermula sebelum proses pilihan raya hingga kini.

5 comments:

Anonymous said...

saya harap,kuliah-kuliah seperti ini sentiasa berjalan tidak hanya pada tempoh pilihanraya semata2,disampaikan oleh tokoh2 ulam kontemporari
saya suka masjid hulu bernam :)

Baim Mendoza said...

ceramah2 gini la yg leh tingkatkan minda mahasiswa....

Anonymous said...

weiii upsikini...
np xapprove komen aku?

kakcik said...

mahasiswa saja ker...........???pensyarah????
saya agak terkilan dengan pensyarah masa kini yang kadangkala tidak sensitif dengan waktu solat.......buat masa exam pun menempuh waktu Maghrib.....tak rasa apa-apa ker mereka ni..........???? banyak juga cerita tak sedap di dengar di kawasan Tjg Malim ni pasal pensyarah....harap sensitif sikit dgn persekitaran masyarakat....

Anonymous said...

Sila betulkan kenyataan anda. Allah sentiasa melihat apa yang ditulis. Kuliah agama kerap diadakan di UPSI. Sila berhubung dgn Ustaz Rosli untuk dapatkan butirannya. Jangan serkap jarang.