April 22, 2010

Dua pegawai JHEPA jadi pemantau P094

Tanjung Malim , 23 April - Dua pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris antara wakil KPT yang terlibat memantau mahasiswa dalam PRK Parlimen Hulu Selangor sehingga 25 April ini.

Menurut sumber , seramai 15 pemantau mewakili beberapa kampus terlibat memantau mahasiswa dalam pilihanraya P094 berkenaan. Antaranya dari UiTM (2 orang),UKM (2 orang), UM (3 orang), UTM (2 orang), UPSI (2 orang), UPM (1 orang), USIM (2 orang), USM (1 orang) dan UIAM (1 orang). Mereka ditempatkan di Kolej Aminuddin Baki UPSI.


Menurut seorang bekas pelajar UPSI , Abid yang kini menetap dan bekerja sambilan di Hulu Bernam mendakwa beliau terserempak dengan mereka sedang berlegar-legar di kawasan perhimpunan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di sini bersama 2 mahasiswa yang dikatakan menjadi 'mata-mata upahan'.

Dalam pada itu, salah seorang dari pegawai tersebut adalah antara yang aktif mencari mahasiswa dalam PRK Bagan Pinang sebelum ini dan juga merupakan penasihat utama pro Aspirasi di UPSI.

Penglibatan mereka dipercayai bagi mencari bukti kehadiran mana-mana pelajar UPSI yang cenderung menyokong dan membantu parti Pakatan Rakyat dengan mengambil gambar dan bukti kumpulan penyokong di kawasan-kawasan tertentu.

Dalam hal berkaitan , sebelum ini mereka sering dilihat berada di kawasan-kawasan Pilihan Raya Kecil di seluruh negara dan pada kali ini di Hulu Selangor.

9 comments:

Anonymous said...

kalu yg jadik pyokong BN, diorang amik tindakan tak?... just nk tnye sbb kenyataan atas ni cm seolah2 mencari n mempermangsa pelajar yg sokong PR...

Anonymous said...

knape pembangkang je....??? yang skong BN cmne...?

Anonymous said...

aku ingatkan korang dah geng2 tudung labuh ala2 kelambu dan koya kopiah beriman mulut busuk dan hati busuk yang kena tangkap sebab buang poster..

Anonymous said...

hep xdak keje..p la pantau org ber dating..bersepah kt khar 2..

Anonymous said...

Entahlah..
tengoklah tepi sungai dekat KHAR tu..
Pro Syah nak bisu ke keje2 haram tepi sungai KHAR tu??

Bila ada pilihanraya pandai plak hantar "pegawai mangkuk" pantau pilihanraya..

Anonymous said...

berat sebelah...hahahhahha...da xda keja agaknya bek g pantau staf yang xuat keja 2 lg bgus le gak tingkatkan prestasi universiti...pengurusan tahap rendah lagi....pedih telinga staf xhormat pelajar ngat adik2 dia k hapa....

Anonymous said...

oi hamba Allah , bab maksiat ni pandai pulak ko salah org lain?knp pulak ko salahkan Prof Syah..ko buat apa?gua pernah tegur bai..xkan semua benda nak orang lain buat,ko xde inisiatif sendiri..salahkan orang memang senang bai..pegi la tegur..ajak geng2 pro kebajikan ko yang beriman tu..ini tak, dok sibuk politik luar..lu fikir la sendiri

Anonymous said...

Kalau geng2 Pro Kebajikan ko cakap geng2 beriman maknanya geng2 ko jenis manusia tak beriman lah??

hahahaha..

Maknanya kalau geng2 kebajikan nie Islam jadi geng2 ko nie Kafir la yer?

aduhai!!!!

Anonymous said...

siap hntar pemantau bgai..haha
pelajar gi konset rock the world xnk pantau ke?plajar upsi couple gi karaoke jamban xnk pantau ker?
pelajar upsi yg kena rogol tu ape kes?xnk pantau ker?
haha..mungkin pantau PRK lg msyuk duit kot...mreka xkn pantau kt cramah Bn sbb : 1)mreka tau pelajar IPTA xkn gi dgr cramah BN punyer..haha..mat rempit ade le kot.2)xkn nk pantau kt cramah Bn kot...BN kan krjaan Mlysia...kita kan pekerja krajaan...haha...
Hancur le kome...