April 18, 2010

Bantah APCO demi pendidikan anak Palestin

Tanjung Malim, 18 April – Mahasiswa pendidikan khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris digesa agar membantah APCO Worldwide yang dikatakan ada kaitan dengan penjenayah dunia Zionis berperanan menghancurkan pendidikan dan masa depan rakyat Palestin.

Sebagai mahasiswa pendidikan sewajarnya isu ini menjadi perkara penting untuk kita lihat memandangkan ianya berkait rapat dengan Israel yang menafikan hak pendidikan rakyat Palestin dan ianya sepatutnya dijiwai oleh mahasiswa yang bakal menjadi pendidik kelak.

Penafian hak rakyat Palestin untuk mendapat pendidikan akibat kekejaman Israel patut dijadikan pegajaran kepada bakal pendidik betapa sukarnya untuk guru dan pelajar disana meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbanding kita di Malaysia akibat keganasan dan kekejaman Zionis Israel.

Malah kita senang untuk mengaut keuntungan politik dengan memilih APCO dan memberi bayaran berjuta ringgit demi keuntungan politik semata. Seolah-olah tindakan itu merestui penggadaian hak rakyat Palestin untuk mendapat pendidikan dan ianya turut bercanggah dengan hak mendapat pendidikan sebagai mana terkandung dalam hak asasi manusia menerusi deklarasi Unesco yang mengagaskan Education For All menjelang 2015.

Dalam hal berkaitan, APCO Worldwide Sdn Bhd merupakan syarikat perunding komunikasi yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’.

2 comments:

Anonymous said...

isu APCO ni penjelasan pembangkang amat kabur... statistik pon tunganglangang... apa yg korang tau pasal APCO jelaskan... fakta! bukan main dengar jer cakap org... aku mau Fakta!!! aku cabar upsi kini... aku nk fakta beserta bukti bukan dari risalah2 pambangkang tp bukti sahih...

Anonymous said...

tak habis2 dgn apco plak..tau sgt ke apco tu apa bnda,,stkt dgr dr parti poltik pembangkang memanglah anda setuju..cuba check balik...jgn membantah membuta tuli sj..apa2 parti plotik bangkang...anda ni ikut jg..pasni apa bnda lg nk dibantahnya...